Para ibubapa, remaja dan anak-anak yang dikasihi,
Sempena cuti sekolah yang sedang berlangsung, Kelab Remaja ISMA (KRIM) dengan kerjasama Kelab Asybal & Zahrawat ISMA Cawangan Seremban akan menganjurkan Seminar Kecemerlangan Remaja. Seminar kali ini bakal menampil Saudara Roshidi Shaari yang merupakan salah seorang motivator daripada MAP Training & Consultancy. Yuran yang dikenakan amat berpatutan. Jadi, jangan bertangguh lagi, daftar segera kepada urusetia tertera untuk program yang sangat bernilai ini.
Butiran Program adalah seperti berikut:
Tarikh : 10 Jun 2009 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Dewan As-Syatibi, Sek. Men Islam As-Saidiyyah, Taman Rashidah Utama, Senawang
Peserta : Pelajar 10 hingga 15 tahun
Yuran : RM15.00 sahaja
Maklumat Lanjut & Pendaftaran, Sila Hubungi:
Pn. Kaslawati Kassim :: 019-6230101 :: anaksemut2003@yahoo.co.uk
Ustazah Khasliza Sapuan :: 019-6828308
Difailkan dalam: Aktiviti Akan Datang | Tagged: cuti sekolah, kecemerlangan, program cuti sekolah, remaja


