RANTAU – 20 Disember 2011. Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan terus mengorak
langkah dengan diberikan kepercayaan oleh pihak Sek Men Agama Rantau untuk mengendalikan beberapa slot dalam program Kem Kepimpinan Pengawas 2011 di Rantau Agro Park, Rantau, Negeri Sembilan.
Seramai lima orang penggerak utama Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan telah turun berkongsi ilmu dan pengalaman dalam mengendalikan slot-slot indoor yang diamanahkan. Misi KRIM NS kali ini adalah untuk membimbing dan memupuk nilai-nilai sahsiah dan kepimpinan dalam pertemuan kira-kira lapan jam bersama barisan pemimpin pelajar di sekolah berkenaan bertemakan “Perbaiki Dirimu, Pimpin Rakanmu”.
Antara modul-modul yang digunakan adalah modul ice breaking kenali diri, modul kekuatan diri dan kumpulan, modul salah siapa dan modul perbaiki dirimu, pimpin rakanmu dan diselang selikan dengan permainan-permainan kreatif.
Alhamdulillah, program yang singkat ini sedikit sebanyak dilihat mampu membuka minda pelajar dalam mempersiapkan diri bagi memikul tanggungjawab kepimpinan di sekolah nanti. Buat adik-adik peserta selamat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan, andalah tunggak harapan ibu bapa, guru-guru dan warga SMA Rantau.
Filed under: Laporan Aktiviti










