Guru Memimpin Perubahan Menyongsong Kebangkitan

Guru Pelita Hidup

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam ukhuwwah buat warga pendidik sekalian.

Tanggal 16 Mei setiap tahun, para guru dan warga pendidik akan merayakan hari bertuah ini iaitu Hari Guru. Tidak dinafikan bahawa guru telah memainkan peranan penting di dalam negara dan masyarakat. Guru merupakan agen perubah dan pembangun generasi yang bakal mewarisi tampuk kepemimpinan negara dan umat melalui wadah pendidikan.

Sumbangan dan jasa guru di pelbagai institusi samada di peringkat tadika, sekolah atau universiti tidak ternilai harganya. Merekalah merupakan tulang belakang kemajuan dan keutuhan negara. Di atas pundak merekalah lahirnya para tokoh, para figur, para teknokrat, para usahawan, pekerja dan rakyat yang berjiwa mulia dan luhur.

Justeru, usaha memperkasakan profesion perguruan amat-amatlah dialu-alukan bagi menangani cabaran semasa dan tuntutan zaman. Hari ini para guru berdepan dengan pelbagai rencam masalah sosial di kalangan warga pelajar, isu PPSMI, pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan usaha melahirkan pewaris kepemimpinan negara dan umat bertaraf dunia dan berminda kelas pertama.

Baca lagi »

Mari Sertai Jambori Remaja Muslim Nasional 2009

Bersempena kedatangan musim cuti sekolah pada bulan Jun ini, Kelab Remaja ISMA (KRIM) akan menganjurkan program JAMBORI REMAJA MUSLIM NASIONAL 2009 seperti berikut:

Tarikh : 6 – 9 Jun 2009
Lokasi : Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Kumpulan Sasaran : Remaja Lelaki (13 – 17 Tahun) Sahaja
Yuran : RM 70.00 Sahaja

pamphlet-jamboree-krim-luar

Baca lagi »

“Agama dan Akademik Mesti Seiringan” – Nik Nur Madihah

madihah-bersama-ahli-wanita-isma

Kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan akademik mestilah dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal abadi. Demikian tegas Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 ketika ditemuramah oleh wartawan ISMA di rumahnya di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini. Pencapaian Nik Nur Madihah mendapat 20A telah ‘menggemparkan’ negara kerana kejayaan ini diperolehi dalam keadaan hidup beliau yang serba daif seperti yang dipaparkan oleh media massa.

Ikuti wawancara penuh saudari Nik Nur Madihah bersama wartawan-wartawan ISMA (Muadz Mohammed Zain, Norzafry Norhalim dan Mohd Rusman Arief A Rahman) yang berkesempatan mendengar sendiri rahsia-rahsia di sebalik kejayaan luar biasa beliau. (W – Wartawan ISMA, M – Nik Nur Madihah)

Baca lagi »

KEJOHANAN BOLA JARING REMAJA & BELIA 2009

Salam ukhuwwah para remaja puteri sekalian…

Kini tibalah masanya peluang untuk remaja puteri seluruh negeri sembilan menunjukkan bakat kesukanan masing-masing. Kelab Remaja ISMA bersama dengan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan kejohanan bola jaring pada 4 April 2009 nanti di Stadium Tertutup Paroi, Seremban.. Ayuh, sahutlah cabaran kami… Sambil Beriadhah kita Ber’Ukhuwwah’.

Sila Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut

Keputusan Kejohanan Futsal Remaja & Belia 2009

 Berikut adalah keputusan Kejohanan Futsal Remaja & Belia 2009 pada 22 Februari yang lalu.

Tahniah kepada pemenang, dan bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa. Yang penting, “Sambil Beriadhah, Kita Ber’UKHUWAH’”. Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat..

 futsal-2009

Baca lagi »

Kem Remaja Muslim Kembali…..

Khusus Buat Remaja Putera & Puteri Seluruh Negeri Sembilan….. Ayuh sertai kami!!! Manfaatkan masa cuti anda dengan program yang bermanfaat ini.

TENTATIF PROGRAM SILA KLIK DI SINI

Nota:

  • Pengangkutan bas disediakan daripada Seremban ke tempat program waktu pergi dan balik. TEMPAT BERKUMPUL adalah di PETRONAS, DI HADAPAN TERMINAL ONE, JAM 9.00 PAGI, 14HB MAC 2009 (SABTU).
  • Penyertaan masih lagi dibuka.. cepat, cepat, segera mendaftar sebelum atau pada 13hb Mac 2009
  • Pengesahan boleh juga dibuat melalui SMS. SMSkan nama peserta, no ic, sekolah dan maklumat bayaran deposit (tarikh dan masa bank in) kepada nombor telefon bimbit urusetia yang tercatat pada pamplet.
  • Sinopsis, tentatif dan maklumat lanjut tentang program akan dimasukkan ke dalam blog ini sedikit masa lagi.

pamplet-krm-1-2009a

pamplet-krm-1-2009b

Kejohanan Futsal Remaja & Belia 2009

kejohanan-futsal-remaja-belia-2009

Salam Ukhuwah Para Remaja Sekalian,

Ayuh, sahutlah cabaran kami dengan menyertai Kejohanan Futsal Remaja & Belia 2009. Mari kita meriahkan acara sambil mengeratkan ukhuwah sesama kita. Maklumat Lanjut adalah seperti berikut:

pamplet-karnival-futsal

Peraturan Futsal

KEM REMAJA MUSLIM KONTEMPORARI 2008: Satu Pengalaman Baru

Tanggal 28 hingga 30 November 2008 yang lalu, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan telah berjaya mengumpulkan seramai 89 orang remaja putera 12 hingga 17 tahun daripada Negeri Sembilan dan sekitarnya bagi mengikuti Kem Remaja Muslim Kontemporari 2008 selama 3 hari 2 malam. Bertempat di Kem SMA, Kg. Gadong Labu, Negeri Sembilan, kem kali ini adalah bertemakan “Remaja Muslim Kontemporari, Unggul Shakhsiah Diri”. Sambutan yang diberikan oleh ibubapa dan penjaga amat memberangsangkan.

Baca lagi »

KEM REMAJA MUSLIM KONTEMPORARI 2008 (PUTERA) – Manfaatkan Cuti Sekolah Anda

Salam Ukhuwah Buat Para Remaja Sekalian,

Bersempena dengan kedatangan cuti persekolahan yang akan datang ini, Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan akan menganjurkan KEM REMAJA MUSLIM KONTEMPORARI 2008 pada 28 hingga 30 November 2008 , khusus untuk para remaja 13 – 17 tahun di Negeri Sembilan dan sekitarnya. Dengan Yuran hanya sebanyak RM 50 bagi Kem selama 3 hari 2 malam ini, para peserta bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor yang menarik.

Jadi, tunggu apa lagi… Mari sertai kami dan ajaklah rakan-rakan anda.. Hubungi segera urusetia untuk pendaftaran. TEMPAT TERHAD…

Download Pamplet di sini.

pamplet1pamplet21

Muhasabah Diri

Seorang mukmin memuhasabah dirinya tentang perlakuan yang telah dilakukannya. Kata Umar al-Khattab: “Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung”. Dia mesti bersungguh-sungguh melakukan muhasabah itu kerana Allah Taala sentiasa melihat dan memerhati gerak gerinya.

Sebaliknya, seorang yang tidak beriman tidak memuhasabah diri. Dia mementingkan penampilan di hadapan manusia. Dia takutkan manusia, tetapi tidak takutkan Allah Taala. “Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan”. (Surah an-Nisa’:108).

Baca lagi »