KEM REMAJA MUSLIM KONTEMPORARI 2008: Satu Pengalaman Baru

Tanggal 28 hingga 30 November 2008 yang lalu, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan telah berjaya mengumpulkan seramai 89 orang remaja putera 12 hingga 17 tahun daripada Negeri Sembilan dan sekitarnya bagi mengikuti Kem Remaja Muslim Kontemporari 2008 selama 3 hari 2 malam. Bertempat di Kem SMA, Kg. Gadong Labu, Negeri Sembilan, kem kali ini adalah bertemakan “Remaja Muslim Kontemporari, Unggul Shakhsiah Diri”. Sambutan yang diberikan oleh ibubapa dan penjaga amat memberangsangkan.

Sepanjang kem ini berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai program yang berbentuk dalaman (in-door) seperti ceramah pengisian, ‘ice-breaking’, pembentukan kumpulan, aktiviti dalam kumpulan, kuliah subuh dan maghrib, serta Malam Kesenian Islam. Tidak ketinggalan, terdapat juga aktiviti berbentuk luaran dan lasak (outdoor) seperti kawad kaki, laluan berhalangan, permainan dalam kumpulan, berjalan malam dan juga riadhah.

Program ini secara keseluruhannya mahu memberikan kesedaran kepada para peserta remaja ini tentang realiti ummat Islam pada hari ini berbanding dengan kegemilangan ummat Islam terdahulu, seterusnya menyuntik ke dalam diri para peserta dengan 10 sifat peribadi remaja muslim unggul bagi mempersiapkan mereka menggalas amanah ummat Islam sebagai pewaris kepimpinan Islam di masa yang akan datang.

Pihak Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada pihak pengurusan Kem SMA, para ibubapa, para peserta remaja, serta semua yang terlibat menjayakan program kem pada kali ini. KRIM amat mengalu-alukan maklumbalas, komen serta cadangan yang membina daripada semua pihak bagi memantapkan lagi program Kem Remaja Muslim Kontemporari di masa-masa yang akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: