Imbauan Program Cuti Sekolah: KEM REMAJA MUSLIM 1/2009


Walaupun sudah menjangkau tiga bulan ia berlalu namun sudah tentu Program Kem Remaja Muslim Siri 1/2009 masih segar diingatan para remaja khususnya yang turut serta dalam kem ini. 14-16 Mac lalu Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan telah berjaya menjalankan aktiviti Kem Remaja Muslim Siri 1/2009 sempena cuti sekolah yang lalu.

Kem 3 hari dua malam berjaya mengumpulkan 45 orang remaja seluruh Negeri Sembilan dan telah dilaksanakan di Kem D’Perkasa, Gombak. Apabila mengimbas kembali program ini sudah pasti adik-adik peserta akan tekenangkan suasana hujan lebat pada hari pertama program. Keadaan hujan yang berterusan hingga ke malam mengajar para peserta sedikit kepayahan. Mendengar pengisian dan solat dalam keadaan baju yang basah dan apatah lagi apabila terpaksa tidur di dalam dewan berlantaikan simen yang sejuk kerana kawasan khemah yang berair. Ianya juga memberi kesempatan kepada para remaja merasai kesusahan yang berlaku kepada saudara seaqidah di Palestin yang saban hari melalui kepayahan hidup dalam kem-kem pelarian. Aktiviti Kembara Air Terjun dan halangan bertali yang agak mencabar memberikan kesedaran tentang perlunya semangat berpasukan dan kerjasama yang erat sesama peserta dan ini telah dibuktikan oleh para remaja yang turut sertadalam program ini. Tahniah dan syabas buat adik peserta!

Sepanjang 3 hari dua malam peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian mantap yang menjadikan program ini cukup bermakna. Mereka didedahkan dengan Sejarah Umat, Kepayahan & Kehebatan Saudara Seaqidah di Ghaza, Tips Remaja Cemerlang dan Remaja Generasi Harapan yang disampaikan oleh penceramah-penceramah dari Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Tidak ketinggalan slot Komunikasi Berkesan – Menjadi Remaja Berketerampilan yang disampaikan dengan baik oleh Saudara Badrul Sani turut memberikan input berguna buat mereka.
Di samping itu, aktiviti kerohanian seperti solat berjamaah, qiamullail, bacaan al-Mathurat dan Al-quran yang merupakan aktiviti utama diterapkan kepada para peserta program. Tidak ketingggalan Malam Apresiasi Seni : Remaja Peduli Palestin pula dihidupkan dengan baik. Di akhir program peserta berazam untuk menjadi muslim yang cemerlang untuk memartabatkan Islam kembali di tempat yang tertinggi. Semoga kem kali ini mampu memberikan kesedaran tentang tanggungjawab para remaja terhadap diri, keluarga dan rakan-rakan dengan meneladani kesusahan dan perjuangan yang sedang dihadapi oleh saudara seaqidah di Ghaza, Palestin. Berbekalkan Tips 10 sifat remaja cemerlang dan kemahiran berkomunikasi yang didedahkan di dalam kem kali ini, insya Allah dengan izin-Nya para remaja inilah remaja harapan agama, bangsa dan negara.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: