SHAMS JOHAN REMAJA, UNITI JOHAN BELIA

Tanggal 4 April 2009 yang lalu buat julung-julung kalinya Kelab Remaja ISMA N Sembilan dengan kerjasama Persatuan Pembina Islam Malaysia (PEMBINA) Cawangan Seremban telah mengadakan program Kejohanan Bola Jaring Remaja dan Belia 2009.

Stadium Tertutup Paroi atau dikenali sebagai Centre Court Seremban menjadi tempat berlangsungnya pertandingan ini. 6 pasukan kategori belia dari Kolej UNITI 1, Kolej UNITI 2, USIM, UIA Nilai, Kolej Murni dan Pembina Shah Alam berentap bagi kategori belia. Manakala lima pasukan dari SMKA Dato’ Hj Mohd Said (SHAMS), SMKA Pedas, SMA As-Saidiyyah, Sek Menengah Seri Pagi dan Pasukan Seremban Teenagers (wakil Kelab Remaja ISMA NS) turut berentap bagi menjadi johan dalam katogeri remaja.

Seawal jam 8.30 perasmian kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh Ketua Wanita ISMA Cawangan Seremban, Dr Zainon Yahya. Antara objektif utama program ini adalah untuk mempupuk amalan riadhah yang sihat di kalangan remaja dan belia puteri di samping mengukuhkan jalinan ukhuwwah sesame mereka.

Pertandingan yang diadili oleh para pengadil berpengalaman dari Persatuan Bola Jaring N Sembilan telah dijalankan secara liga pada peringkat kumpulan. Perlawanan yang sangat sengit berlaku antara hampir kesemua perlawanan. Pada peringkat kumpulan bagi kategori Remaja SMKA Pedas menjadi Johan dengan kelebihan 1 mata mengatasi SMKA SHAMS. Dan kedua-dua pasukan berentap di peringkat akhir. Semangat juang yang tinggi ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan ini yang menyebabkan kedudukan seri pada peringkat akhir dan terpaksa dilakukan perlawanan dalam masa tambahan. Akhirnya pasukan SHAMS pula berjaya dinobatkan sebagai Johan bagi kejohanan kali ini dengan beza 2 dalam perlawanan tambahan masa. Jelaslah bahawa remaja hari ini mempunyai semangat bersaing dan daya juang yang tinggi. Syabas buat adik- adik…

Kategori Belia pula menyaksikan perlawanan peringkat akhir dari pasukan yang sama tapi tidak serupa. Pasukan Kolej UNITI 1 dan Kolej UNITI 2. Perlawanan sengit juga berlaku sesama mereka dan akhirnya menyebelahi pasukan UNITI 1. Tahniah juga buat para belia yang turut menonjolkan kerjasama dan persembahan permainan yang menarik. Pasukan Kolej Murni pula telah berjaya menggondol hadiah pasukan terbaik yang diambilkira dari segi kerjasama, ketepatan masa dan disiplin peserta dan penyokongnya.

Semoga kejohanan bola jaring ini memberikan manfaat kepada kita dan akan menjadi acara tahunan buat remaja dan belia.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: