Nasyid Palestin Menarik oleh SMAP Labu (Malam Aspirasi Seni 2009)

Hayati dendangan nasyid live oleh Kumpulan Shoutul Jihad (SMAP Labu) semasa Malam Aspirasi Seni: Bersamamu Palestin 2009. Tahniah Remaja SMAP Labu. Satu persembahan yang menarik dan bersahaja…

Advertisements

Bangkitkan Semangat Bela Al-Aqsa Bersama Muadz (Malam Aspirasi Seni 2009)

KRIM NS Kongsi Pengalaman di Konvensyen Penggerak KRIM Nasional 2009

Satu Konvensyen Penggerak Kelab Remaja ISMA (KRIM) Nasional 2009 buat julung-julung kalinya telah diadakan di Pusat Komuniti Putrajaya pada 5 Disember 2009 lepas yang menghimpunkan penggerak-penggerak KRIM dari seluruh negara. Konvensyen ini bertujuan untuk menjelaskan hala tuju dan projek terbaru KRIM selaras dengan fokus ISMA untuk menggiatkan lagi usaha-usaha menggarap golongan remaja sebagai generasi pelapis dakwah. Delegasi penggerak KRIM dari Negeri Sembilan turut hadir dengan diketuai oleh Pengerusi KRIM NS, Saudara Norhelmi bin Jamil.

Konvensyen dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman yang mengingatkan para hadirin tentang peranan dan tanggungjawab besar mereka untuk membentuk generasi remaja masa kini agar berupaya mewarisi usaha-usaha dakwah yang diimani. Ini diikuti oleh pembentangan tentang perkembangan terkini KRIM oleh Pengerusi KRIM Pusat, Mejar Nadzri bin Musman. Secara keseluruhannya, amal dakwah KRIM di seluruh negara semakin rancak dan berkembang sekaligus menuntut fokus yang lebih terarah daripada aktivis-aktivis KRIM.

Teruskan membaca

Info Terkini: Kem Remaja Muslim Siri 2/2009 (BAS & TENTATIF PROGRAM)

Salam Ukhuwah Para Ibubapa dan Remaja,

Kami ingin memaklumkan bagi peserta yang ingin menaiki bas ke tempat program, tempat berkumpul adalah di Stadium Paroi (Berhampiran Bulatan) pada jam 8.30pg 12 Disember 2009 (Sabtu).  Bas akan bertolak jam 9.00 pagi.

Sila Klik di sini untuk tentatif program

Harap maklum.

URUSETIA PROGRAM