KRIM NS Kongsi Pengalaman di Konvensyen Penggerak KRIM Nasional 2009

Satu Konvensyen Penggerak Kelab Remaja ISMA (KRIM) Nasional 2009 buat julung-julung kalinya telah diadakan di Pusat Komuniti Putrajaya pada 5 Disember 2009 lepas yang menghimpunkan penggerak-penggerak KRIM dari seluruh negara. Konvensyen ini bertujuan untuk menjelaskan hala tuju dan projek terbaru KRIM selaras dengan fokus ISMA untuk menggiatkan lagi usaha-usaha menggarap golongan remaja sebagai generasi pelapis dakwah. Delegasi penggerak KRIM dari Negeri Sembilan turut hadir dengan diketuai oleh Pengerusi KRIM NS, Saudara Norhelmi bin Jamil.

Konvensyen dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman yang mengingatkan para hadirin tentang peranan dan tanggungjawab besar mereka untuk membentuk generasi remaja masa kini agar berupaya mewarisi usaha-usaha dakwah yang diimani. Ini diikuti oleh pembentangan tentang perkembangan terkini KRIM oleh Pengerusi KRIM Pusat, Mejar Nadzri bin Musman. Secara keseluruhannya, amal dakwah KRIM di seluruh negara semakin rancak dan berkembang sekaligus menuntut fokus yang lebih terarah daripada aktivis-aktivis KRIM.

Seterusnya Setiausaha Agung ISMA, Saudara Aminuddin bin Yahaya selaku Penasihat Projek Gempur Remaja (GEREM) telah membentangkan kertas kerja mengenai projek tersebut. Beliau telah menjelaskan sasaran-sasaran yang telah digariskan di bawah GEREM serta peranan cawangan-cawangan KRIM di seluruh negara bagi merealisasikan objektif Projek GEREM 2010/2011. Konvensyen Penggerak KRIM Nasional 2009 ini diteruskan dengan pembentangan kertas kerja dan sesi perkongsian pengalaman oleh beberapa orang aktivis KRIM, termasuklah Saudara Norhelmi bagi mewakili KRIM NS.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: