TERKINI: KEJOHANAN FUTSAL ISLAMI (KAHFI) 2010 (dengan pindaan tarikh)

Para remaja dan belia yang dirahmati Allah,

Memandangkan kebanyakan sekolah menjadikan hari sabtu 6 Februari 2010 sebagai hari ganti persekolahan bagi menggantikan cuti Tahun Baru Cina, pihak penganjur kejohanan mengambil keputusan untuk menangguhkan kejohanan kepada keesokan harinya iaitu AHAD, 7 Februari 2010. Ini bagi memberi ruang dan peluang untuk lebih ramai remaja/pelajar menyertai kejohanan ini.

Justeru, harap maklum tentang pindaan ini. Adapun tempat, masa, yuran, peraturan dan tarikh tutup pendaftaran masih kekal.

Jadi, tunggu apa lagi… Segeralah daftarkan pasukan anda dengan menghubungi urusetia berikut:

Norhelmi Jamil :: 019-2445736

Razman Jalil :: 019-6531756

Firdaus Sabturani :: 019-2749117

Klik di sini untuk Pamplet & Borang (Format Word) 

Klik di sini untuk Pamplet & Borang (Format PDF)

Klik di sini untuk peraturan & syarat yang lengkap

Advertisements

Allah tempat mengadu

sumber dari: http://komik.dakwah.info/

Dalam apa jua aspek kehidupan, pergantungan kepada Allah adalah kunci kekuatan seorang Muslim..:)

Sertai kami di facebook sebagai satu wadah membina ukhuwwah: Krimns Isma

Email kami atas apa jua di: krimns@gmail.com

Lepasan SPM; Lepas Ini Nak Buat Apa?

[Sebuah coretan yang menarik untuk dikongsi. Dipetik dari www.senikehidupan.wordpress.com]
“Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya” [Surah Al-Mukminun : 61

Saya telah beberapa kali bertemu dengan junior yang baru sahaja lepas SPM baru-baru ini. Ada yang bertemu di dalam bas, ada di kedai buku, program sukan dan sebagainya. Suka sekali saya mengambil peluang bertanya,

“cuti-cuti ni buat apa?”

Ada sebahagiannya ingin mengambil lesen, ada yang bekerja part time, ada juga yang ingin menyambung menuntut ilmu. Tetapi ada juga jawapan, “Tak tahu nak buat apa”

Teruskan membaca

KRIM Negeri Sembilan Berbesar Hati Menerima Kunjungan KRIM Pusat

Sdr. Aminuddin Yahya (Empat dari kanan) bergambar bersama Penggerak KRIMNS

9 Januari 2010, Pejabat ISMA Cawangan Seremban – Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT KRIM Negeri Sembilan telah menerima kunjungan daripada wakil KRIM Pusat, Sdr. Aminuddin Yahaya yang juga merupakan Setiausaha Agong ISMA Pusat. Kunjungan ini adalah salah satu langkah KRIM Pusat bagi membina interaksi dan perbincangan di antara KRIM Pusat dan KRIM di cawangan-cawangan khususnya bagi mencapai objektif Projek Gempur Remaja (GEREM) 2010-2011.

Antara lain, agenda perjumpaan ini  adalah pembentangan perancangan tahunan KRIM NS, perbincangan masalah-masalah yang ada dalam menjalankan gerak kerja remaja di cawangan dan peluang-peluang yang perlu digarap dan dimanfaatkan dengan baik. Perjumpaan ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh seramai 13 orang Penggerak Remaja NS dengan mengutarakan beberapa persoalan bagi mendapatkan penjelasan dan pandangan wakil KRIM Pusat. Respon dari Sdr. Aminuddin amat membantu dengan penjelasan dan saranan yang jelas dan praktikal.

KRIM NS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian KRIM Pusat, khususnya Sdr. Aminuddin, yang  menziarahi kami di sini. Hasil daripada kunjungan ini amat positif  dan mudah-mudahan mampu menyemarakkan lagi amal dakwah remaja di Negeri Sembilan.

KEPUTUSAN PMR 2009: SEKALUNG TAHNIAH BUAT AHLI KRIM

Keputusan PMR yang diumumkan Disember lalu meninggalkan seribu satu kenangan buat calon-calon PMR 2009. Pastinya ada yang tersenyum puas dengan keputusan yang diterima, terkejut dengan keputusan yang diperoleh dan tidak terlepas juga yang menangis kerana kecewa. Walaubagaimanapun wahai para remaja sekalian, PMR bukanlah segalanya yang menentukan masa depan kalian. Tahniah dan syabas buat warga KRIM khususnya ahli-ahli KRIM NS yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR 2009. Bagi yang kurang cemerlang, kalian masih ada waktu untuk cemerlang dalam akademik andainya terus memberikan tumpuan untuk menghadapi SPM. Tingkatan 4 bukan tahun ‘honeymoon’.

Adik Sundus Mahayuddin, PMR 9A, SM Agama Sains Kuala Pilah

Pada ruang waktu yang Allah pinjamkan, wakil KRIM NS sempat menelefon salah seorang ahli  KRIM adik Sundus Mahyudin yang merupakan calon PMR 2009 warga KRIM yang berjaya memperoleh 9A baru-baru ini. Beliau adalah pelajar di Sek Men Agama Sains Kuala Pilah, salah sebuah sekolah yang mendapat keputusan PMR yang cemerlang di peringkat Negeri Sembilan.

Beliau sempat menyatakan rasa gembira dan merakamkan rasa syukur atas kejayaan yang diperoleh sebaik sahaja ditanya tentang perasaan setelah mendapat keputusan tersebut. Untuk mencapai keputusan yang cemerlang bukanlah suatu yang boleh datang bergolek. Antara yang beliau dapat kongsikan buat tatapan warga KRIM antaranya tumpuan dalam kelas, membuat latihan pada waktu prep petang dan membaca  pada waktu malam adalah antara rahsia kejayaan beliau dalam PMR ini. Menurut  pelajar yang mengambil jurusan sains agama ini,  sokongan rakan seperjuangan khususnya rakan-rakan sekelas merupakan pendorong utamanya untuk terus berjaya. Selain itu doa ibu dan dorongan keluarga juga antara faktor kejayaan beliau. Lebih membanggakan apabila dalam perbualan telefon tersebut beliau mahu berpesan kepada rakan-rakan dan warga KRIM supaya bersama-sama melaksanakan Solat Sunat Hajat sebanyak dan sekhusyuk mungkin kerana hanya Allah yang boleh membantu seseorang setelah penat berusaha di samping tidak lupa berdoa memohon kepada Allah.

Semoga kejayaan cemerlang adik Sundus ini dapat menjadi pedoman dan pembakar semangat kepada para remaja khususnya ahli KRIM sekalian. Kami tenaga penggerak KRIM NS mendoakan agar adik-adik sekalian sentiasa diberkati Allah, diberikan keazaman yang kuat, kesejahteraan dan kejayaan yang cemerlang dalam segala bidang yang diceburi duniawi dan ukhrawi.

Kem Remaja Muslim 2/2009 Tampil Kelainan Dekati Remaja

12-14 Disember 2009 – PDS Training Centre, Port Dickson menjadi lokasi bersejarah buat Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan apabila Program Kem Remaja Muslim Siri 2/2009 berjaya dilaksanakan.

Seramai 113 orang remaja putera dan puteri dari seluruh Negeri Sembilan dan beberapa negeri berhampiran berjaya mengikuti program tahunan KRIM NS ini dari awal hingga ke akhir. Tahniah dan syabas buat para remaja! Tanggal 12 Disember hampir keseluruhan peserta berkumpul dan mendaftarkan diri di perkarangan Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi. Seawal jam 09.00 pagi peserta bergerak menuju ke lokasi kem dengan menaiki dua buah bas yang ditempah khas oleh pihak KRIMNS.

Seawal jam 11.00 pagi Kem Remaja Muslim 2 bertemakan “Ukhuwwah Dijalin, Akhlak Terpimpin” dimulakan dengan sesi taklimat program tanda bermulanya peraturan kem. Sebaik tamat taklimat ringkas dan padat, peserta melangkah ke slot 1 yang dinamakan “sahabat & persahabatan” yang dikendalikan oleh Pengarah KRIM Johor, Cikgu Ismail Ali. Pengalaman dan ilmu yang berguna dikongsikan oleh beliau dalam sesi ini.  

Usai makan tengahari dan solat Zohor berjamah, Cikgu Ismail dan krew yang diundang khas oleh KRIMNS meneruskan slot kedua “Bahtera Kasih. Di tengah terik matahari petang itu, peserta yang rata-ratanya baru pertama kali bertemu dikumpulkan mengikut kumpulan masing-masing dengan tugasan yang diberikan kepada mereka. “Bahtera Kasih” petang itu berjaya memupuk ukhuwwah dan persahabatan di kalangan peserta.

Teruskan membaca