RRJ FC dan Kolej UNITI Juara Baru KAHFI 2010

Kejohanan Futsal Islami (KAHFI) 2010 telah melakar sejarah apabila dua buah pasukan yang menjadi naib juara pada edisi 2009 berjaya mengungguli kategori masing-masing untuk tahun ini. Pasukan Kolej UNITI, Port Dickson memenangi kategori belia manakala pasukan RRJ FC dari Taman Rasa Sayang pula menjuarai kategori remaja. Ternyata kejayaan itu tidak datang dengan sekali percubaan tetapi adalah hasil daripada usaha yang berterusan dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri, sekaligus membuktikan kebolehan golongan remaja dan belia.

KAHFI 2010 yang merupakan kejohanan futsal tahunan edisi ke-3 anjuran bersama Kelab Remaja ISMA (KRIM) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) ini telah berlangsung pada 7 Februari yang lalu di Gelanggang Futsal, Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Paroi. Seawal jam 8 pagi, sebanyak 10 pasukan remaja dan 14 pasukan belia yang mengambil bahagian telah mula mendaftarkan diri. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan kehadiran pasukan-pasukan dari luar Seremban, termasuk dari luar Negeri Sembilan.

Teruskan membaca

Hukum Rai Valentine & Jual Bunga

Soalan

Assalamualaikum ustaz,

Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?

 JAWAPAN

Saya telah menyertakan jawapan di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa Inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.

Asal-usul Valentine

Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.

Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)

Teruskan membaca

Kursus ToT Persiapkan Kemahiran Para Penggerak KRIM

Dalam rangka untuk memperkasakan gerak kerja Projek Gempur Remaja (GEREM) 2010-2011, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Pusat buat julung-julung kalinya telah menganjurkan program ‘Training of Trainers’ (ToT)  untuk para penggerak dan fasilitator KRIM bagi kawasan Negeri Sembilan dan Melaka. Siri ToT yang berlangsung di Dewan Kolej Kejururawatan Murni, Nilai pada 31 Januari yang lalu memberi pendedahan kepada peserta-peserta berkenaan Modul Jatidiri dan Fizikal yang telah disusun khas untuk kesesuaian golongan remaja.

ToT kali ini menampilkan tokoh-tokoh yang cukup berpengalaman dalam bidang dakwah remaja iaitu Pengerusi KRIM Pusat, Mejar Nazri Munsman dan Ketua Sekretariat Dakwah dan Sosial ISMA, Ustaz Mohamad bin Ismail. Para peserta telah berpeluang mempelajari beberapa kemahiran penting seperti ice-breaking, pembinaan kumpulan, permainan jatidiri dan aktiviti fizikal. Semoga siri ToT ini memberi pengalaman yang berguna kepada para penggerak KRIM untuk lebih mengesani golongan remaja yang mengikuti aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.

KRIM NS BERSAMA JAYAKAN KURSUS NUQABA’ SMAP LABU 2010

 

Labu 13 & 14 Januari 2010 – Seawal tirai 2010 dibuka, Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan (KRIM NS) berkesempatan memenuhi jemputan bagi berkongsi maklumat dan pengalaman di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Seremban, Negeri Sembilan.

Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan memenuhi jemputan pihak SMAP Labu  bagi menjayakan program Kursus Nuqaba 2010. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para naqib dan naqibah di SMAP Labu tentang ilmu dan kemahiran berkaitan peranan dan perlaksanaan menguruskan usrah, kesedaran tentang kepentingn tarbiyyah islamiyyah serta melahirkan para naqib yang mempunyai akhlak mahmudah.

Para Nuqaba' sedang memberi tumpuan kepada ceramah yang diberikan

Teruskan membaca