KRIM NS BERSAMA JAYAKAN KURSUS NUQABA’ SMAP LABU 2010

 

Labu 13 & 14 Januari 2010 – Seawal tirai 2010 dibuka, Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan (KRIM NS) berkesempatan memenuhi jemputan bagi berkongsi maklumat dan pengalaman di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Seremban, Negeri Sembilan.

Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan memenuhi jemputan pihak SMAP Labu  bagi menjayakan program Kursus Nuqaba 2010. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para naqib dan naqibah di SMAP Labu tentang ilmu dan kemahiran berkaitan peranan dan perlaksanaan menguruskan usrah, kesedaran tentang kepentingn tarbiyyah islamiyyah serta melahirkan para naqib yang mempunyai akhlak mahmudah.

Para Nuqaba' sedang memberi tumpuan kepada ceramah yang diberikan

Dua slot pengisian telah berjaya diisi dengan baik oleh wakil dari KRIM NS semasa program ini berlangsung. Slot pengisian 1 bertajuk, “Usrah Efektif : Dari Zero ke Hero” telah disampaikan dengan jelas dan baik oleh Ustaz Mohd Azizee Bin Hassan. Dalam slot ini beliau menjelaskan tentang kepentingan usrah dan bagaimana usrah mampu melahirkan insan-insan hebat yang memberi pelbagai sumbangan kepada agama dan masyarakat. Beliau turut mendedahkan kepada para peserta tentang betapa pentingnya peranan yang perlu dimainkan oleh para naqib dan naqibah untuk memberi kefahaman Islam kepda rakan pelajar melalui usrah.

Yang Dipertua ISMA Seremban, Ustaz Mohd Azizee Hassan

Ustazah Razidah Adam pula mengisi slot kedua yang bertajuk”Komunikasi Kreatif, Usrah Produktif” pada keesokan harinya. Beliau berjaya mengupas tajuk ini secara santai dan mudah untuk difahami serta dipraktikkan oleh para pelajar. Beliau banyak memberikan pendedahan bagi mengurus dan mengendalikan usrah dengan bijak dan baik bertepatan dengan perkongsian teknik-teknik komunikasi yang dikongsikan dalam slot ini.

Ustazah Razidah Adam

Semoga perkongsian ilmu yang diberikan oleh wakil dari KRIM NS memberi manfaat kepda para pesert Kursus Nuqaba’ SMAP Labu 2010 dan para pelajar lain umumnya. Pihak KRIM NS juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah kerana diberi peluang dan kepercayaan untuk bersama-sama menjayakan program ini.

Satu Respons

  1. […] KRIM NS BERSAMA JAYAKAN KURSUS NUQABA’ SMAP LABU […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: