Retrospektif: English Language Camp 2010

Saya percaya, semua orang punya harapan, semua orang juga punya peluang. Sesungguhnya Allah tidak memutuskan sesuatu yang akan menzalimi hamba-hamba-Nya, apalagi segala ketentuan adalah dari ilmu-Nya yang luas. Begitulah perasaan dan pemahaman saya untuk adik-adik yang ‘wajib’ menyertai English Camp minggu lepas. Meskipun mereka tidak mahu menghadiri kem tersebut, saya tetap mahu memberikan mereka peluang itu, dan membuka pintu alternatif ke arah kecemerlangan. Kerana itu saya bersama-sama kumpulan kerja saya berusaha menghasilkan sesuatu yang lain daripada yang lain.

 Ada bermacam jenis English Camp ataupun jenis seminar yang pelbagai anjuran pelbagai syarikat konsultan. Soalan saya, yang mana menepati syara’? yang mana mementingkan keseimbangan emosi, intelek, spiritual, dan jasmani dalam masa yang sama? Kerana itu, dalam tempoh kurang sebulan, Jawatankuasa Pelaksana ‘English Camp’ mengadakan perbincangan dan pertemuan bersama pihak sekolah dan sesama ahli demi memastikan aktiviti yang berlangsung tidak sekadar memenuhi tuntutan akademia. Saya bercita-cita membentuk generasi pemuda yang menjadikan matlamat kecemerlangannya berpusat dan berpaksikan kepada Allah SWT. Bermula dengan meyakinkan mereka bahawa kejayaan bukan suatu warisan dan bukan di dalam genetik, tetapi dengan usaha dan pergantungan kepada Allah.

Ada beberapa fasa penting dalam pembikinan kem ini. Pengumpulan data, perbincangan, perincian, dan penyusunan aktiviti, dan pemilihan fasilitator adalah yang paling penting. Pengumpulan data amat esensi dalam mengukur kefahaman peserta terhadap subjek tersebut. Perbincangan, perincian dan penyusunan aktiviti perlu untuk memastikan aktiviti yang disusun sesuai dengan tahap kefasihan peserta, juga supaya tidak terlalu mudah atau tidak terlalu sukar. Secara peribadi, memilih fasilitator yang paling sesuai ialah sesuatu yang amat sukar, kerana ada beberapa kriteria yang perlu dipenuhi selain fasih berbahasa inggeris. Namun, semuanya adalah asam-garam dalam pengendalian program, apalagi kem ini yang pertama seumpamanya, bukan sekadar untuk KRIM malah saya sendiri. Teruskan membaca

KRIM NS BERKONGSI PENGERTIAN HIJRAH DI SEK MEN TUNKU AMPUAN NAJIHAH (STAN)

 

Peristiwa hijrah merupakan peristiwa terpenting yang berlaku dalam sejarah Islam. Berpaksikan ketaqwaan dan keimanan secara total kepada Allah s.w.t Rasulullah dan para sahabat sanggup bergadai nyawa meninggalkan negara tercinta, harta benda mahupun saudara mara demi menjaga kelangsungan risalah ini. Ia seharusnya memberikan 1001 pengajaran kepada kita.

Sempena Maal Hijrah 1431 Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan (KRIM NS) telah memenuhi undangan Sekolah Menengah Tunku Ampuan Najihah, Seremban (STAN) pada 26 Januari 2010 yang lalu. Kesempatan ini dimanfaatkan oleh pihak KRIM NS dengan menyampaikan pengertian hijrah dalam skop pembentukan diri seorang remaja muslim.

Ustaz Abdul Halim Bin Abdullah telah mewakili KRIM NS untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan pengetua, para guru dan pelajar muslim di Sek Tunku Ampuan Najihah. Slot selama 2 jam ini dimulakan dengan penyampaian bertajuk “Hijrah : Dari Zero ke Hero” dan diikuti dengan tayangan lagu dan video KRIM. Antara yang dikongsikan oleh beliau adalah betapa perlunya kita membina semula keperibadian muslim dengan memenuhi 10 ciri muslim seperti yang digariskan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Semoga perkongsian bersama Ustaz Abdul Halim ini memberi titik tolak kepada pelajar dan guru untuk berhijrah ke arah perkara yang diredhai oleh Allah dan secara tidak langsung dapat memperkenalkan Kelab Remaja ISMA sebagai wadah bagi remaja muslim.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Sekolah Menengah Tunku Ampuan Najihah kerana sudi menjemput Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan ke majlis sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah. Semoga semua yang terlibat dalam program ini diganjari oleh Allah s.w.t sebagai amal –amal soleh.

ENGLISH LANGUAGE CAMP 2010 : KRIMNS Bakal Merintis Jalan, Meraih Pengalaman

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kekuatan kepada KRIMNS untuk merancang dan bakal mengendalikan Program English Language Camp 2010 di SMA Rembau, Negeri Sembilan. Program yang bertemakan “English is Just Awesome” ini akan diadakan pada 26 hingga 28 Mac 2010, dan bakal melibatkan 60 0rang pelajar Tingkatan 3 dan 5 sekolah berkenaan.

Program 3 hari 2 malam ini akan diketuai oleh Sdr. Azmir Mohd Razli (Emir Abu Khalil) selaku pengarah program bersama team fasilitator beliau yang merupakan bakal guru-guru bahasa inggeris yang kini belajar kursus TESL di IPBA, Petaling Jaya. Mereka merupakan bakal guru yang cukup berbakat, mempunyai inisiatif dan tampil dengan kreativiti tersendiri bagi menarik minat remaja untuk mempelajari bahasa antarabangsa ini. Mereka cuba menterjemahkan ilmu dan pengalaman yang ada dalam program yang bakal berlangsung ini. Lebih menarik lagi apabila Sdr. Azmir  sendiri juga merupakan bekas pelajar di SMA Rembau ingin berkongsi sendiri bagaimana minat mempelajari Bahasa Inggeris tumbuh.

Marilah kita bersama-sama berdoa semoga English Language Camp ini dapat berjalan lancar, dapat memberi impak positif kepada peserta serta mampu memberikan kesungguhan kepada mereka untuk terus cemerlang dalam pelajaran.

 

Perkhemahan Integrasi BADAR SDAR-SHAMS Lakar Sejarah

Tanggal 26-28 Februari 2010 Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Program Perkhemahan Integrasi BADAR SDAR (Sek. Dato’ Abdul Razak) – SHAMS (SMKA Sheikh Haji Mohd Said), dua buah cemerlang di Negeri Sembilan. Perkhemahan yang julung-julung kali diadakan itu menarik penyertaan seramai 74 orang para peserta iaitu 51 dari penggerak Badar Sdar dan 23 orang Badar Shams. Perkhemahan ini telah diadakan di Brindley Training Centre, Kompleks Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson.

Klik di sini untuk melihat Galeri Gambar-Gambar Menarik!!!

Program anjuran bersama BADAR SDAR dan KRIM NS yang bertemakan ‘Mengakar Ukhuwwah Merimbun Dakwah’, berjaya menyatukan para penggerak BADAR di dua buah sekolah ternama di Negeri Sembilan iaitu Sek. Dato’ Abdul Razak (Sekolah Berprestasi Tinggi) dan SMKA Sheikh Hj Mohd Said (Sekolah Kluster) dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program. Teruskan membaca