Perkhemahan Integrasi BADAR SDAR-SHAMS Lakar Sejarah

Tanggal 26-28 Februari 2010 Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Program Perkhemahan Integrasi BADAR SDAR (Sek. Dato’ Abdul Razak) – SHAMS (SMKA Sheikh Haji Mohd Said), dua buah cemerlang di Negeri Sembilan. Perkhemahan yang julung-julung kali diadakan itu menarik penyertaan seramai 74 orang para peserta iaitu 51 dari penggerak Badar Sdar dan 23 orang Badar Shams. Perkhemahan ini telah diadakan di Brindley Training Centre, Kompleks Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson.

Klik di sini untuk melihat Galeri Gambar-Gambar Menarik!!!

Program anjuran bersama BADAR SDAR dan KRIM NS yang bertemakan ‘Mengakar Ukhuwwah Merimbun Dakwah’, berjaya menyatukan para penggerak BADAR di dua buah sekolah ternama di Negeri Sembilan iaitu Sek. Dato’ Abdul Razak (Sekolah Berprestasi Tinggi) dan SMKA Sheikh Hj Mohd Said (Sekolah Kluster) dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program.

Objektif utama program ini ialah mengukuhkan jatidiri penggerak BADAR sebagai seorang pemimpin daie di samping medan perkongsian pengalaman Badar antara dua buah sekolah. Perkhemahan ini telah membentuk semangat team-work dan daya ketahanan bagi menghdapi segala cabaran sebagai seorang pemimpin dakwah. Pelbagai aktiviti indoor dan outdoor telah dijalankan sepanjang program seperti Ice-Breaking, Bina Pasukan, War-Game, Latihan ala Tentera dan Rafting. Aktiviti Rafting ini antara yang menarik perhatian peserta kerana ia dapat mewujudkan semangat kerjasama dan berpasukan yang tinggi. Peserta bertungkus lumus menyiapkan rakit menggunakan tong, buluh dan tali. Setelah rakit siap dipasang, mereka diajar teknik-teknik mengapungkan diri dan berenang. Setelah itu barulah mereka bertarung dengan berakit mengikut kumpulan masing-masing menongkah ombak menuju ke bendera yang di pacak di tengah laut.

Aktiviti indoor Kepimpinan Dinamik yang dikendalikan oleh Abi Ahmad di akhir program ini melengkapkan lagi program ini. Slot yang dikendalikan oleh beliau dpat memberikan kesedaran dan ilmu yang berguna buat para peserta untuk dipraktikkan. Selain itu, program perkhemahan ini turut menampilkan bekas-bekas pelajar kedua-dua buah sekolah sebagai antara pengendali dan fasilitator program. Pengarah KRIM Pusat, Mejar Ustaz Nazri Musman juga turun padang bagi mengendalikan slot latihan outdoor ala tentera.

Majlis penutup program ini telah dirasmikan oleh Tn. Pengetua Cemerlang Sdar iaitu Tn. Hj Zakaria b. Md. Zin. Beliau mengingatkan kepentingan menjadi pemimpin yang baik dan contoh kepada para pelajar yang lain. Beliau juga berharap agar para penggerak Badar dapat memainkan peranan yang lebih efektif dalam mencapai wawasan beliau iaitu satu subuh satu jamaah. Pada masa yang sama beliau menggesa para penggerak Badar bersama-sama membendung gejala negatif dikalangan para pelajar.

Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Badar Sdar dan Shams kerana sudi mengundang KRIM NS untuk bersama-sama menjayakan program ini. Jutaan terima ksih juga buat semua yang terlibat dalam program ini. Semoga ianya bermanfaat dan diberkati oleh Allah s.w.t.

Satu Respons

  1. […] Perkhemahan Integrasi BADAR  sekolah SDAR- sekolah SHAMS […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: