KRIM NS BERKONGSI PENGERTIAN HIJRAH DI SEK MEN TUNKU AMPUAN NAJIHAH (STAN)

 

Peristiwa hijrah merupakan peristiwa terpenting yang berlaku dalam sejarah Islam. Berpaksikan ketaqwaan dan keimanan secara total kepada Allah s.w.t Rasulullah dan para sahabat sanggup bergadai nyawa meninggalkan negara tercinta, harta benda mahupun saudara mara demi menjaga kelangsungan risalah ini. Ia seharusnya memberikan 1001 pengajaran kepada kita.

Sempena Maal Hijrah 1431 Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan (KRIM NS) telah memenuhi undangan Sekolah Menengah Tunku Ampuan Najihah, Seremban (STAN) pada 26 Januari 2010 yang lalu. Kesempatan ini dimanfaatkan oleh pihak KRIM NS dengan menyampaikan pengertian hijrah dalam skop pembentukan diri seorang remaja muslim.

Ustaz Abdul Halim Bin Abdullah telah mewakili KRIM NS untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan pengetua, para guru dan pelajar muslim di Sek Tunku Ampuan Najihah. Slot selama 2 jam ini dimulakan dengan penyampaian bertajuk “Hijrah : Dari Zero ke Hero” dan diikuti dengan tayangan lagu dan video KRIM. Antara yang dikongsikan oleh beliau adalah betapa perlunya kita membina semula keperibadian muslim dengan memenuhi 10 ciri muslim seperti yang digariskan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Semoga perkongsian bersama Ustaz Abdul Halim ini memberi titik tolak kepada pelajar dan guru untuk berhijrah ke arah perkara yang diredhai oleh Allah dan secara tidak langsung dapat memperkenalkan Kelab Remaja ISMA sebagai wadah bagi remaja muslim.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Sekolah Menengah Tunku Ampuan Najihah kerana sudi menjemput Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan ke majlis sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah. Semoga semua yang terlibat dalam program ini diganjari oleh Allah s.w.t sebagai amal –amal soleh.

Satu Respons

  1. […] KRIM NS BERKONGSI PENGERTIAN HIJRAH DI SEK MEN TUNKU AMPUAN NAJIHAH (STAN) […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: