ENGLISH LANGUAGE CAMP 2010: Langkah Bermula, Sejarah Dicipta

Pada 26 hingga 28 Mac 2010, KRIM Negeri Sembilan dengan kerjasama Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Agama Rembau telah menganjurkan Kem Bahasa Inggeris untuk kesemua pelajar Tingkatan Tiga dan Lima. Bertemakan ‘English is Just Awesome’, kem ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi para peserta dalam pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai alat komunikasi di samping bahasa ibunda. Beberapa aktiviti menarik telah diadakan bagi mencapai tujuan ini.

Aktiviti pertama ialah ‘What’s in a name?’ di mana para peserta dikehendaki untuk memperkenalkan diri kepada ahli kumpulan dengan menggunakan kata sifat yang bermula dengan huruf pertama dalam nama mereka. Berdasarkan pemerhatian, peserta secara amnya kelihatan kekok untuk menggunakan bahasa Inggeris. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor kurang keyakinan diri untuk bercakap dalam bahasa Inggeris dan kekurangan kosa kata. Walaubagaimanapun, peserta berjaya memperkenalkan diri masing-masing menggunakan kata sifat yang sesuai. Terdapat juga pelajar yang mengambil inisiatif menggunakan kamus untuk menjayakan tugasan tersebut.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Setelah aktiviti pertama tamat, peserta diminta berkongsi persepsi mereka terhadap bahasa Inggeris melalui lisan, tulisan atau lukisan dalam sesi  ‘English is…’ . Para peserta yang terpilih kemudian berkongsi pandangan mereka dengan peserta lain. Secara amnya, para peserta mempunyai pandangan yang positif terhadap kepentingan untuk belajar bahasa Inggeris. Namun, tidak kurang juga yang secara jujur menyatakan pembelajaran bahasa Inggeris adalah sukar, mencabar dan membosankan. Teruskan membaca

Liputan Perkhemahan Integrasi BADAR di Berita Harian