ENGLISH LANGUAGE CAMP 2010: Langkah Bermula, Sejarah Dicipta

Pada 26 hingga 28 Mac 2010, KRIM Negeri Sembilan dengan kerjasama Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Agama Rembau telah menganjurkan Kem Bahasa Inggeris untuk kesemua pelajar Tingkatan Tiga dan Lima. Bertemakan ‘English is Just Awesome’, kem ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi para peserta dalam pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai alat komunikasi di samping bahasa ibunda. Beberapa aktiviti menarik telah diadakan bagi mencapai tujuan ini.

Aktiviti pertama ialah ‘What’s in a name?’ di mana para peserta dikehendaki untuk memperkenalkan diri kepada ahli kumpulan dengan menggunakan kata sifat yang bermula dengan huruf pertama dalam nama mereka. Berdasarkan pemerhatian, peserta secara amnya kelihatan kekok untuk menggunakan bahasa Inggeris. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor kurang keyakinan diri untuk bercakap dalam bahasa Inggeris dan kekurangan kosa kata. Walaubagaimanapun, peserta berjaya memperkenalkan diri masing-masing menggunakan kata sifat yang sesuai. Terdapat juga pelajar yang mengambil inisiatif menggunakan kamus untuk menjayakan tugasan tersebut.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Setelah aktiviti pertama tamat, peserta diminta berkongsi persepsi mereka terhadap bahasa Inggeris melalui lisan, tulisan atau lukisan dalam sesi  ‘English is…’ . Para peserta yang terpilih kemudian berkongsi pandangan mereka dengan peserta lain. Secara amnya, para peserta mempunyai pandangan yang positif terhadap kepentingan untuk belajar bahasa Inggeris. Namun, tidak kurang juga yang secara jujur menyatakan pembelajaran bahasa Inggeris adalah sukar, mencabar dan membosankan.

Pada hari kedua, seusai solat subuh dan bacaan almathurat, peserta melakukan senaman pagi bersama fasilitator. Selepas itu, mereka berkumpul untuk sesi perkongsian dengan Encik Azmir, bekas pelajar SMA Rembau yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang Teaching English as a Second Language (TESL) di Australia. Beliau berkongsi pengalaman dengan para peserta bagaimana beliau mempelajari Bahasa Inggeris serta memberi motivasi kepada para peserta bahawa kesemua mereka boleh berjaya.

Aktiviti seterusnya ialah’ Hands of Honour’. Melalui aktiviti ini, para peserta menggunakan kata sifat yang dipelajari untuk menceritakan lima sifat tentang diri sendiri dan lima sifat tentang rakan di sebelah kiri mereka. Selepas itu, mereka berkongsi semua kata sifat yang dipilih beserta penjelasan ringkas. Berdasarkan maklumbalas daripada para fasilitator, kesemua peserta menunjukkan perubahan positif daripada segi keyakinan untuk berbahasa Inggeris, kemahuan untuk bertanya soalan dan berkongsi pendapat.

Mengikut perancangan, slot seterusnya ialah Tongue Twister. Namun, slot ini telah dibatalkan untuk memberi ruang kepada setiap wakil kumpulan untuk membentangkan persepsi mereka terhadap bahasa Inggeris. Seorang peserta perempuan dan seorang peserta lelaki telah dipilih sebagai pemenang kerana telah mengemukakan pandangan yang unik tentang bahasa Inggeris iaitu:

Pemenang kategori perempuan: Learning English is like digging for a pearl.

Pemenang kategori lelaki: English language is like a heart.

Selepas selesai solat zuhur dan makan tengahari, para peserta kembali ke dewan untuk aktiviti Dictionary Dash. Melalui aktiviti ini, para peserta didedahkan dengan penggunaan kamus bahasa Inggeris sebagai salah satu strategi meningkatkan penguasaan kosa kata. Para peserta kelihatan begitu bersungguh-sungguh untuk mencari makna perkataan yang diajukan. Walaubagaimanapun, mereka mengalami kesukaran membina ayat yang tepat bagi menggambarkan kefahaman mereka tentang makna perkataan tersebut. Seorang peserta menyatakan kekecewaan kerana tidak berjaya menjawab kebanyakan soalan dalam sesi ini. Antara faktornya ialah perkataan yang terlalu sukar difahami dan persaingan yang sengit antara kumpulan. Di hujung sesi, fasilitator turut membuat demonstrasi menggunakan kamus elektronik dan perisian komputer khas untuk memperbaiki sebutan.

Aktiviti seterusnya, Find Someone Who, ialah sebuah aktiviti yang bertujuan bukan sahaja menggalakkan komunikasi dalam bahasa Inggeris malah turut meningkatkan nilai diri (self-esteem) para peserta. Setiap peserta diberi sehelai kertas tugasan mengandungi 12 ciri-ciri tertentu. Peserta perlu mendapatkan tandatangan seorang rakan yang untuk setiap ciri tersebut. Sepanjang aktiviti ini, para peserta kelihatan bersemangat meminta tandatangan rakan-rakan dengan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan cara yang sopan.

Pada sebelah petang pula, aktiviti treasure hunt diadakan. Terdapat enam checkpoint bagi peserta perempuan dan lima checkpoint untuk peserta lelaki. Pada setiap checkpoint, terdapat satu tugasan yang perlu diselesaikan bag membolehkan mereka mendapat petunjuk untuk ke checkpoint yang seterusnya. Di antara aktiviti yang diadakan di setiap checkpoint ialah cooking show, fruit riddles, tongue twister dan sebagainya. Setiap aktiviti yang dijalankan menekan kesemua keempat- empat kemahiran asas bahasa inggeris iaitu menulis, membaca, mendengar dan bertutur beserta kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK). Ini adalah sejajar dengan objektif pengajaran bahasa Inggeris di Malaysia. peserta memberikan maklum balas yang sangat positif terhadap kombinasi pembelajaran bahasa Inggeris dengan aktiviti fizikal.

Selepas makan malam dan solat maghrib dan isyak secara berjemaah, para peserta berkumpul di dewan berfokuskan kemahiran mendengar, flowers are red. Fasilitator memulakan sesi dengan mendapatkan pandangan para peserta tentang ciri- ciri lagu kesukaan mereka. kemudian perlajar diperdengarkan lagu Flowers are Red nyanyian Zain Bhika. Lagu tersebut diperdengarkan buat kali kedua. Kali ini peserta perlu mengisikan tempat kosong pada lirik lagu tersebut dengan pilihan perkataan yang diberikan. Sesi tersebut dijalankan selama satu jam setengah dan diteruskan dengan sesi perkongsian yang dijalankan berasingan mengikut jantina. Para peserta diberikan peluang untuk menyatakan sebarang masalah dan bertanyakan tips belajar daripada fasilitator. Selain dari itu, para fasilitator mengambil peluang berkongsi pengalaman belajar di luar negara.

Pada hari terakhir kem dijalankan, peserta didedahkan dengan faktor utama yang menjadi pemangkin utama kejayaan iaitu sikap yang positif. Peserta turut menyenaraikan sikap positif yang patut dimiliki pelajar yang berjaya serta sikap negatif yang perlu dijauhi. Kemudian peserta dikehendaki membuat poster bertajuk Who I Am?. Melalui poster ini mereka perlu menggambarkan diri mereka dengan menggunakan gambar-gambar dan perkataan yang diambil dari surat khabar lama. Hasil kerja peserta dipamerkan dan setiap peserta diberikan peluang untuk memberi komen atau cadangan kepada rakan-rakan. 

Pada jam 1 petang, majlis penutup telah diadakan di dewan sekolah berkenaan. Majlis ini turut dihadiri Encik Iskan dan Puan Rosmawar. Tayangan video promosi KRIM dan video kenangan kem turut ditayangkan. Plak penghargaan turut diberikan kepada pihak sekolah dan peserta terbaik kategori lelaki dan perempuan. Setiap kumpulan turut menerima hamper.

Adalah diharapkan kem ini berjaya mencapai tujuannya dan boleh diteruskan pada masa hadapan. Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kem ini. Semoga Allah membalas budi baik kalian dengan sebaik-baik balasan.

 

Disediakan oleh:

Izyan Hamizah Md Izaman

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: