Pertandingan Menulis Cerpen Islami Anjuran Bersama KRIM dan Telaga Biru

KRIM NS Dekati Pelajar SDASA

Port Dickson, 14-15 Mei 2010 – Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan melakar sejarah apabila buat pertama kalinya diberi peluang untuk bekerjasama dengan Sekolah Menengah Datuk Haji Abdul Samad (SDASA), Port Dickson bagi mengendalikan pelajar yang dipilih khas oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan guru-guru disiplin. Program yang julung-julung kali diadakan oleh pihak sekolah kepada golongan pelajar ini diberi nama program Islah Diri Remaja : Dari Zero Kepada Hero. Bertemakan “Kenali Ilahi, Insafi Diri”, program ini berjaya mengumpulkan seramai 57 orang pelajar tingkatan 3-5 yang rata-ratanya hadir ke program ini bukan atas kerelaan sendiri.

Teruskan membaca

Selamat Hari Guru 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Warga pelajar dan pendidik sekalian,

Setiap kali menjelang 16 Mei, mengingatkan kita akan hari yang bersejarah dan bermakna iaitu sambutan Hari Guru. Tarikh 16 Mei dijadikan tarikh keramat bagi mengenangkan jasa dan sumbangan para guru terhadap usaha membangunkan kualiti modal insan menerusi wadah pendidikan.

Penamaan tarikh 16 Mei sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan ketika itu.

Sejarah telah memahatkan bahawa jatuh bangun sesuatu bangsa bergantung kepada kualiti pendidikan umat tersebut. Jika mundurnya pendidikan umat tersebut, maka mundurlah bangsa itu sebaliknya jika maju pendidikan umat tersebut, maka majulah bangsa tersebut. Justeru usaha membangunkan pengupayaan umat (nation capability) amat mendesak dan tugasnya terletak di tangan para guru sebagai pilar utama menjayakan agenda membangunkan ketuanan umat dan negara. Teruskan membaca

Program Cuti Sekolah: Seminar Pecutan Akhir PMR-SPM 2010 – Jom Daftar Segera.. Tempat TERHAD!!!

KINI TURUT DIBUKA KEPADA PELAJAR TINGKATAN 2 & TARIKH TUTUP PENDAFTARAN DILANJUTKAN KE HARI JUMAAT 4 JUN 2010.. DAFTAR SEGERA !!!

TENTATIF PROGRAM SEMINAR PECUTAN AKHIR PMR-SPM 2010

0800 pg : Pendaftaran
0900 pg : Ice breaking
0930 pg : Siapa Saya?
1000 pg : My Life Time Line
1015 pg : Battle of Tounges
1030 pg : Rehat & Minum Pagi
1050 pg : Rahsia Brilliant Students
1130 pg : Ujian Adakah Anda Brilliant Students?
12.00 tgh : Latihan Dinamika Kumpulan – Are U Brilliant Enough?
01.00 tgh : Rehat, Makan Tengah Hari & Solat Zuhur
02.30 ptg : Brilliant Students Reading Skills
03.00 ptg : Brilliant Students Memorizing Skills
03.30 ptg : Brilliant Students Exam!
04.00 ptg : Battle of Tounges
04.30 ptg : Penutup & Kesimpulan
05.00 ptg : Bersurai

BIODATA PENCERAMAH (ABG BADR) : Klik Sini

Bersama Kita Meriahkan Sambutan Hari Ibu 2010

Muat Turun Syarat & Peraturan Pertandingan Menulis Esei di sini

Muat Turun Syarat & Peraturan Pertandingan Menulis Sajak di sini