Rehlah Remaja “From Seremban to PD with Ukhuwwah” Bersama KRIMNS

Seremban, 11-12 Jun 2010 – Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan berjaya mengumpulkan remaja-remaja puteri dalam program From Seremban to PD 2010. Mengambil peluang sempena cuti sekolah pertengahan tahun yang berlanjutan sehingga dua minggu, seramai 19 orang peserta yangg terdiri daripada pelajar sekolah seluruh Negeri Sembilan telah menyertai program ini.

Program ini bermula seawal jam 04.30 petang dengan solat Asar berjamaah di Amal Homestay, Seremban. Aktiviti indoor pertama dimulai dengan taaruf sesama peserta dan aktiviti ‘ice breaking’ yang membuatkan para peserta lebih mengenali antara satu sama lain. Walaupun hampir kesemua peserta sudah kenal rapat, namun sesi taaruf pada petang itu membuahkan kemesraan antara peserta dan AJK yang terlibat. Pada sebelah malam pertemuan yang cukup bermakna ini diserikan lagi dengan Kuliah Maghrib oleh Ustazah Murni Buchik yang mengupas tentang sebuah hadis Rasulullah S.A.W. Selepas solat Isyak berjamaah peserta dihidangkan dengan pengisian tentang Isu-isu Semasa Hari Ini yang disampaikan secara santai dan bersahaja oleh Ukhti Rabiatul Adawiyah. Melengkapkan lagi program ini seawal jam 4.00 pagi para peserta telah bangun untuk aktviti qiamulalail. Tahniah dan syabas buat adik-adik peserta kerana kalian dapat bangun seawalnya walaupun ramai yang tidur lewat pada malam tersebut. Sebelum kembara ke Port Dickson bermula selepas Solat Subuh berjamaah dan membaca al-mathurat beramai-ramai, sesi kuliah subuh tentang Kisah dan Pengajaran dari Kisah Ashabul Ukhdud telah dikongsikan oleh Ukhti Kaslawati Kassim.

Teruskan membaca

Advertisements

KRIM NS Anjur Motivasi Santai, Selamba & Sempoi Bersama Abang BADR

   

 Seremban 07 Jun 2010 – Seawal cuti persekolahan pertengahan tahun bermula, Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan (KRIM NS) berkesempatan mengumpulkan 80 orang remaja sekitar Negeri Sembilan dan Selangor dalam program motivasi peperiksaan, ”Seminar Pecutan Akhir PMR & SPM” di Lecture Theatre 1, Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan. Program ini dimulakan dengan taklimat ringkas program dan diikuti dengan nyanyian lagu KRIM oleh para peserta yang terlibat.

Program motivasi santai dan bersahaja ini dikendalikan oleh Saudara Badrul Sani atau lebih mesra dengan panggilan Abang Badr. Beliau memulakan slot motivasi ini dengan sesi  ice breaking bagi membolehkan peserta dan beliau sendiri mengenali antara satu sama lain. Kemudian peserta dikehendaki memenuhkan empat kolum dalam sehelai kertas bertujuan mengenal diri sendiri. Antara yang ditekankan adalah  matapelajaran yang paling diminati dan yang paling lemah mesti dikenalpasti oleh setiap peserta dalam slot ini. Kemampuan dan kebolehan Abang Badr mengendalikan slot ini membuat peserta tidak malu-malu atau ragu-ragu menyatakan kekuatan dan kelemahan diri masing-masing dalam suasana yang cukup ceria.

Teruskan membaca

Galeri Seminar Pecutan Akhir PMR-SPM 2010 :: Motivasi Santai, Selamba & Sempoi Bersama Abang BADR

Buat Generasi Muda Peminat Seni & Pencinta Pembebasan Masjid Al-Aqsa :: KONSERT DEMIMU AL-AQSA

KONSERT DEMIMU AL-AQSA (KonDAQ 2010)

17 Julai 2010 (SABTU) :: Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan

Anjuran Bersama:
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban
AMAN Palestin
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan
Harga Tiket : RM30 (VIP), RM10 (Dewasa & Pelajar IPT), RM8 (Pelajar Sekolah Menengah), Percuma (Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun)
Maklumat Lanjut: Layari Blog Rasmi KonDAQ 2010 @ Facebook KonDAQ 2010