KRIM NS Anjur Motivasi Santai, Selamba & Sempoi Bersama Abang BADR

   

 Seremban 07 Jun 2010 – Seawal cuti persekolahan pertengahan tahun bermula, Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan (KRIM NS) berkesempatan mengumpulkan 80 orang remaja sekitar Negeri Sembilan dan Selangor dalam program motivasi peperiksaan, ”Seminar Pecutan Akhir PMR & SPM” di Lecture Theatre 1, Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan. Program ini dimulakan dengan taklimat ringkas program dan diikuti dengan nyanyian lagu KRIM oleh para peserta yang terlibat.

Program motivasi santai dan bersahaja ini dikendalikan oleh Saudara Badrul Sani atau lebih mesra dengan panggilan Abang Badr. Beliau memulakan slot motivasi ini dengan sesi  ice breaking bagi membolehkan peserta dan beliau sendiri mengenali antara satu sama lain. Kemudian peserta dikehendaki memenuhkan empat kolum dalam sehelai kertas bertujuan mengenal diri sendiri. Antara yang ditekankan adalah  matapelajaran yang paling diminati dan yang paling lemah mesti dikenalpasti oleh setiap peserta dalam slot ini. Kemampuan dan kebolehan Abang Badr mengendalikan slot ini membuat peserta tidak malu-malu atau ragu-ragu menyatakan kekuatan dan kelemahan diri masing-masing dalam suasana yang cukup ceria.

Slot pembukaan yang menarik menjadikan peserta yang terlibat dapat memberi respon yang cukup positif dalam slot-slot berikutnya. ”My Life Time Line” membuka minda pelajar terutama yang bakal menduduki PMR dan SPM tahun ini untuk memenuhi masa yang masih berbaki dengan perancangan yang teliti dan pelaksanaan yang berkualiti. Perbincangan dua hala antara adik-adik peserta dan Abang Badr menghidupkan suasana pagi tersebut dan memberi panduan berguna tentang kaedah memanfaatkan sepenuhnya kekuatan dan kelemahan diri. Seterusnya peserta diberi peluang bersuara  untuk mengemukakan pendapat  dan idea masing-masing  dalam slot ”Battle of Tounges”. Abang Badr telah berjaya membuatkan adik-adik peserta berdebat hebat antara kumpulan melalui tajuk-tajuk yang  sengaja diprovokasikan. Peserta yang rata-rata baru pertama kali bersua mula menunjukkan kebolehan masing-masing dalam mengeluarkan pendapat dan hujah.

Selepas minum pagi, sesi motivasi ini diteruskan dengan merungkai rahsia ”Brilliant Students”. Perkongsian dan tips yang disampaikan dalam sesi ini membuka minda peserta untuk memastikan setiap peserta mampu untuk menjadi pelajar bijak, berkonsepkan orang lain boleh cemerlang kenapa tidak anda? Seterusnya peserta perlu menduduki ujian ”Adakah Anda Brilliant Students?” Serta disusuli LDK menarik berbentuk simulasi ”Are You Brilliant Enough?”. Pembentangan kumpulan setelah sesi LDK ini menunjukkan kerjasama yang erat wujud dalam kumpulan walaupun peserta pertama kali berjumpa dan dari sekolah yang berbeza. Komitmen yang ditunjukkan oleh adik-adik KRIM ini secara tidak langsung menggambarkan mereka sangat berpotensi untuk menjadi Muslim Brilliant Students.

Setelah makan tengahari dan Solat Zohor, program ini diteruskan dengan perkongsian tentang “Brilliant Studens Reading Skills”. Perkongsian pengalaman peribadi Abang Badr sendiri menghidupkan suasana petang tersebut. Antara yang menarik termasuklah tips jika nak baca bab empat  jangan baca bab empat. Pastinya hanya peserta yang hadir tahu apa yagng tersirat disebalik ayat Abang Badr ini. Diselang seli dengan pelbagai intonasi suara anugerah Ilahi kepada Abang Badr dan sesekala fasi-fasi belau mencelah program ini diteruskan denganm slot “Brilliant Student Memorizing Skills”.

Tepat jam 3.30 petang itu, peserta yang hadir cukup bertuah kerana terpilih meduduki peperiksaan selenggaraan Abng Badr & Team “ Brilliant Students Exam”. Banyak manfaat  yang diperoleh oleh adik-adik perserta dalam sesi exam santai dan sempoi ini. Antaranya termasuklah pentingnya fokus dan tumpuan terhadap sesuatu. Sebelum slot motivasi bersama Abang Badr ini berakhir, adik peserta sekali lagi diberi panduan tentang ”My Life Time Line” dalam bentuk yang sangat praktikal untuk dipraktikkan oleh pelajar. Cukup menarik apabila hampir semua peserta menunjukkan perkataan Abang Badr Best dalam sesi ini. Antara pesanan Abang Badr buat peserta termasuklah pastikan minda sentiasa dipasakkan dengan perkataan ” saya boleh berjaya” dan perubahan mesti bermula dari sekarang. Slot motivasi ini diakhiri dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Abang Badr sendiri khusus buat adik-adik peserta.

Program Seminar Pecutan Akhir ini diteruskan dengan  majlis penutup. Peserta yang hadir berkongsi maklumat tentang KRIM daripada video KRIM yang ditayang khas buat adik-adik peserta. Seterusnya ucapan Pengarah KRIM NS, Sdr. Norhelmi Bin Jamil melengkapkan lagi program ini. Penyampaian cenderahati dari KRIM NS kepada Abang Badr juga disampaikan di hadapan adik-adik peserta dengan disusuli tepukan gemuruh mereka. Sebelum bersurai dan bergambar kenang-kenangan, kesempatan yang Allah berikan ini juga dimanfaat oleh KRIM NS untuk mempromosikan Pertandingan Menulis Cerpen Islami 2010.

Semoga program ini diberkati oleh Allah S.W.T dan adik-adik peserta yang mengikuti  program ini mendapat seberapa banyak manfaat. Moga program ini menjadi pemangkin kepada mereka untuk membuat persediaan menghadapi cabaran peperiksaan yang mendatang. Jagalah hubungan dengan Allah, ibu bapa, guru-guru serta seluruh makhluk-Nya, moga kejayaan menjadi milik kalian. Amin.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: