Rehlah Remaja “From Seremban to PD with Ukhuwwah” Bersama KRIMNS

Seremban, 11-12 Jun 2010 – Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan berjaya mengumpulkan remaja-remaja puteri dalam program From Seremban to PD 2010. Mengambil peluang sempena cuti sekolah pertengahan tahun yang berlanjutan sehingga dua minggu, seramai 19 orang peserta yangg terdiri daripada pelajar sekolah seluruh Negeri Sembilan telah menyertai program ini.

Program ini bermula seawal jam 04.30 petang dengan solat Asar berjamaah di Amal Homestay, Seremban. Aktiviti indoor pertama dimulai dengan taaruf sesama peserta dan aktiviti ‘ice breaking’ yang membuatkan para peserta lebih mengenali antara satu sama lain. Walaupun hampir kesemua peserta sudah kenal rapat, namun sesi taaruf pada petang itu membuahkan kemesraan antara peserta dan AJK yang terlibat. Pada sebelah malam pertemuan yang cukup bermakna ini diserikan lagi dengan Kuliah Maghrib oleh Ustazah Murni Buchik yang mengupas tentang sebuah hadis Rasulullah S.A.W. Selepas solat Isyak berjamaah peserta dihidangkan dengan pengisian tentang Isu-isu Semasa Hari Ini yang disampaikan secara santai dan bersahaja oleh Ukhti Rabiatul Adawiyah. Melengkapkan lagi program ini seawal jam 4.00 pagi para peserta telah bangun untuk aktviti qiamulalail. Tahniah dan syabas buat adik-adik peserta kerana kalian dapat bangun seawalnya walaupun ramai yang tidur lewat pada malam tersebut. Sebelum kembara ke Port Dickson bermula selepas Solat Subuh berjamaah dan membaca al-mathurat beramai-ramai, sesi kuliah subuh tentang Kisah dan Pengajaran dari Kisah Ashabul Ukhdud telah dikongsikan oleh Ukhti Kaslawati Kassim.

Keesokan harinya kira-kira jam 8.00 pagi para pserta dengan menaiki beberapa buah kenderaan telah bertolak ke Port Dickson. Destinasi kembara ke PD kali ini adalah Pantai Laguna Biru (Blue Lagoon). Sebaik tiba di Tanjung Biru, para peserta disambut mesra oleh AJK yang memang ditugaskan khas untuk menunggu dan menyediakan sarapan buat kami. Pagi itu dengan penuh berselara para peserta menjamu selera di bawah teduhan pokok dan duduk bersama dihamparan pasir mengadap ke laut yang membiru. Santapan rohani oleh adik Nurul Islam Abdul Halim bertajuk Ukhuwwahfillah melengkapkan lagi program ini. Kemudian adik-adik peserta dipecahkan kepada dua kumpulan untuk berentap dalam pelbagai permainan ukhuwwah di tepian pantai di Tanjung Biru. Usai makan tengahari Sabtu itu, para peserta bertolak pulang ke Seremban dengan seribu satu kenangan pahit dan manis dirakam bersama.

Moga program ini membekaskan kesan yang positif buat para peserta. Diharapkan ukhwah yang terjalin akan terus mekar dan diredhai-Nya sentiasa.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: