Seminar Kerjaya KRIMNS: Satu Permulaan Gemilang

 

Tetamu VIP dan para pelajar sedang asyik menonton promo KRIM

 

Labu, 26 Jun 2010- Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan buat julung-julung kalinya melakar sejarah apabila berjaya melaksanakan Program Seminar Kerjaya 2010. Program kali ini  dianjurkan oleh KRIM NS dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS), Pejabat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Seremban, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Cawangan Seremban.

Program ini telah diadakan di Dewan Sri Bestari, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu) yang juga merupakan antara sekolah yang terbaik di negara ini. Kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi oleh pihak Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu terutama oleh Puan Pengetua, GPK HEM dan guru-guru kaunseling serta barisan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dari kalangan pelajar adalah antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan pengendalian program ini. Dengan objektif untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pentingnya kesedaran memilih kursus pengajian dan kerjaya yang betul, program ini telah berjaya menarik penyertaan hampir 500 orang  pelajar tingkatan 4 dan 5 daripada sekolah-sekolah di seluruh Negeri Sembilan termasuklah dari MRSM Serting, Jempol.

Seawal jam 8.30 pagi para pelajar dari sekolah-sekolah jemputan telah tiba untuk mendaftarkan diri bagi mengikuti program ini. Ketibaan para pelajar dan guru-guru pengiring disambut mesra oleh penggerak KRIM NS dibantu oleh barisan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMAP Labu. Para pelajar dari pelbagai sekolah diminta duduk mengisi ruang-ruang kosong sambil mengisi borang biodata diri serta menjawab soalan Ujian Personaliti Kerjaya. Pada pagi ini barisan kaunselor dari SMAP Labu memainkan peranan dengan membantu para pelajar yang perlu menjawab soalan-soalan ujian kerjaya tersebut.

Program ini dimulakan seawal jam 09.30 pagi dengan majlis perasmian yang dihadiri oleh Tuan Hj Muhammad Bin Mohd Nor, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Seremban dan Puan Hajah Radziah Abdul Samad, Pengetua Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu. Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis dan diikuti oleh ucapan Saudara Omar Bin Kassim, Setiausaha ISMA Cawangan Seremban yang turut mewakili pihak KRIM NS selaku penganjur utama program ini. Beliau sempat mengucapkan tahniah kepada peserta yang hadir dan menegaskan peri pentingnya mendapat pendedahan tentang pilihan kerjaya yang menentukan halatuju remaja pada masa akan datang. 

Program Seminar Kerjaya 2010  ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Tuan Hj Muhammad Bin Mohd Nor, wakil Pegawai PPD Seremban. Dalam ucapan perasmiannya, beliau merakamkan ucapan tahniah atas usaha pihak KRIM dalam menyumbang ke arah kecemerlangan para pelajar menerusi program seumpama ini. Beliau turut mengingatkan para pelajar agar mengambil peluang keemasan ini untuk mendapatkan sebanyak mungkin informasi yang berguna demi membantu memilih kerjaya yang betul di masa akan datang. Majlis perasmian ini diserikan lagi dengan tayangan video Promo KRIM buat tatapan tetamu jemputan dan para pelajar yang hadir.

Setelah selesai majlis perasmian pada pagi itu, wakil pihak kaunselor SMAP Labu, Cikgu Alias Abu Bakar meneruskan program ini. Beliau memulakan slot ini dengan meminta para pelajar mengira markah Ujian Personaliti Kerjaya secara individu dan seterusnya memberikan interpretasi keputusan ujian tersebut secara ringkas. Para pelajar yang hadir ke program ini sedikit sebanyak mengetahui kecenderungan diri masing-masing sebelum mereka mendapat maklumat-maklumat yang lebih berguna dalam slot-slot berikutnya. Kemudian para pelajar dan guru-guru pengiring dijemput untuk minum pagi sambil berkunjung ke pameran kerjaya. 

Tepat jam 11.00 pagi program ini  diteruskan dengan slot pertama seminar ini yang bertajuk ”Halatuju Selepas SPM: Apa Pilihan Saya?’’ yang telah disampaikan dengan berkesan oleh Yang Berbahagia, Prof. Dr. Badhrulhisham B Abdul Aziz, Pengarah Pusat Pembangunan Kualiti dan Korporat, Universiti Malaysia Pahang, juga merupakan seorang tokoh cemerlang Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Pahang. Dalam sesi ini, beliau telah memperincikan elemen yang perlu ada pada setiap pelajar untuk bersaing dalam dunia yang berasaskan pengetahuan ataupun    ”Knowledge-Based Era” Beliau turut memberi penekanan kepada perlunya pelajar berusaha melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran bukan akademik (soft skills) dan rohani demi memastikan ‘kebolehpasaran’ berjaya dibentuk dalam diri masing-masing. Para peserta memberikan respond yang cukup positif dalam slot ini dan ramai yang telah mengambil kesempatan  mengajukan pelbagai soalan untuk merungkai pemasalahan yang bermain di kepala.

Slot kedua Seminar Kerjaya 2010 diisi dengan sesi Forum Perkongsian Kerjaya. Slot ini dikendalikan dengan baik oleh Saudara Mohd Zul Alwi Mat Adam. Dua orang ahli panel dari dua bidang yang berbeza iaitu Profesor Madya Dr Zainurrashid Zainuddin, Timbalan Dekan International Medical University, Seremban dan Saudara Zuraidi Zakaria dari AKPK Bank Negara dijemput khas bagi berkongsi pengalaman dan ilmu dalam bidang masing-masing. Sesi forum yang hidup dan natural membuka minda para pelajar terutama dalam kedua-dua bidang kedoktoran dan perakaunan serta diselitkan juga oleh saudara moderator kepada bidang kejuruteraan. Ketiga-tiga mereka yang merupakan pelajar cemerlang di peringkat sekolah menengah mahupun universiti membakar semangat para pelajar untuk mengikut jejak langkah mereka. Di samping berkongsi maklumat tentang laluan ke bidang yang mereka ceburi kini dan cabaran kerjaya yang dilalui, pelbagai nasihat turut diselitkan kepada para pelajar antaranya perlunya para pelajar menghormati guru, pentingnya bersyukur atas segala yang Allah kurniakan serta mengamalkan konsep bersederhana dalam kehidupan walaupun sudah bergelar mereka yang berjaya. Tidak lupa juga pesanan supaya para pelajar berusaha menjadi muslim yang diredhai Allah dengan mengamalkan ajaran Islam yang syumul dalam kehidupan. Pelbagai soalan dari para pelajar dalam setiap pusingan diajukan kepada ahli-ahli panel mahupun moderator menunjukkan kesungguhan dan minat para peserta dalam mengikuti slot ini sehinggakan tidak terasa masa bergerak pantas. Tepat jam 1.30 petang program berhenti rehat untuk makan tengah hari, solat Zohor dan lawatan ke gerai-gerai pameran.

Petang itu, jam 2.30 petang pelajar sekali lagi berkumpul dalam Dewan Sri Bestari untuk slot 3, Bersama Badan-badan Penajaan. KRIM NS cukup bertuah petang itu kerana wakil dari tiga badan penajaan utama iaitu Petronas, MARA dan JPA sudi berkongsi maklumat bersama para pelajar. Taklimat tentang peluang penajaan yang ditawarkan kepada pelajar cemerlang  disampaikan dengan jayanya dimulakan oleh wakil daripada JPA, Cik Nurzehan Rosely , diikuti dengan wakil dari pihak MARA Encik Lukmanul Hakim dan Encik Aznan Saad, Pengurus Pembangunan Pelajar dari Unit Penganjuran Pendidikan PETRONAS.  Para pelajar didedahkan dengan pelbagai informasi termasuklah persaingan  untuk merebut peluang penajaan pendidikan yang ditawarkan sangat sengit di mana faktor akademik semata- mata tidak lagi relevan dan kemahiran bukan akademik turut menjadi pra syarat untuk melayakkan pelajar ditaja, maklumat tentang syarat-syarat penajaan dan tips-tips menghadiri sesi temuduga. Slot ini diakhiri dengan sesi soal jawab antara pelajar dan wakil dari pihak JPA, MARA dan PETRONAS.

Seminar Kerjaya ini diakhiri dengan Slot Bengkel, di mana para peserta dibahagikan kepada empat bidang kerjaya iaitu Kejuruteraan dikendalikan oleh Saudara Mohd Arif Hamzah, Perubatan oleh Dr Zainurrashid Zainuddin & Dr Anayasmin Azmi, Perakaunan  oleh Puan Akhma Deena Khalid, Cik Akhma Adhlin Khalid & Puan Rosliza dan Perguruan oleh Saudara Mohd Azmir Mohd Razli . Pilihan bidang bagi slot ini telah dikenalpasti awal oleh pihak penganjur dari borang biodata yang diisi oleh para pelajar. Tepat jam 3.45 petang para pelajar bergerak ke bilik-bilik yang disediakan khas oleh pihak penganjur untuk memberi keselesaan kepada pelajar bagi mengikuti slot bengkel ini. Seperti yang dijangkakan bidang perubatan merupakan bidang pilihan tertinggi yang dipilih oleh para pelajar pada petang itu. Kesemua bidang kerjaya ini diwakili oleh tokoh-tokoh professional yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Melalui slot bengkel ini, para pelajar mendapat pelbagai maklumat secara khusus tentang bidang yang dipilih, laluan untuk mengambil jurusan tersebut serta perkongsian pengalaman kerjaya yang boleh membakar semangat mereka untuk terus berusaha menggapai cita-cita yang diimpikan. Slot bengkel ini membuka ruang soal jawab dan ternyata para peserta memberi komitmen yang cukup positif dalam slot bengkel ini dari setiap bidang. Program ini berakhir kira-kira jam 5.00 petang.

Pihak KRIM Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan  jutaan terima kasih khusus kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) dan Pejabat Pelajaran Daerah Seremban di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Seminar Kerjaya 2010 ini. Terima kasih juga kepada pihak tuan rumah, SMAP Labu  yang telah menyediakan fasiliti terbaik dan tenaga sokongan dari kalangan para kaunselor dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Tidak lupa kepada wakil-wakil JPA, MARA PETRONAS dan PEMBINA serta sekolah-sekolah yang mengambil bahagian. Semoga program ini diberkati oleh Allah S.W.T dan mendatangkan pelbagai kebaikan buat semua yang terlibat.

Satu Respons

  1. Kerajaan akan melatih 21,000 guru prasekolah sepanjang tempoh 2010 hingga 2012 di bawah GTP untuk menampung 700,000 tenaga pengajar bagi pelajar prasekolah di seluruh negara.

    Salam hormat untuk sahabat sekalian,sila lihat kekosongan diatas 700,000 pengajar diperlukan diseluruh negara untuk mengajar kanak2,lepasan spm hanya perlu 3 kepujian dalam mana-mana matapelajaran

    JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI,program lain dah ramai…..PELUANG KERJA YANG LUAS DALAM KERAJAAN DAN SWASTA,

    HUBUNGI 0196437996/SHUKRI rieymau09@yahoo.com

    Jangan takut untuk bersaing,selain jadi pendidik dlm kerajaan,swasta perniagaan sekolah taska sangat lumayan…bidang ini masih baru tapi sangat kekurangan peserta,rebutlah peluang ini

    PROGRAM DALAMAN – DIPLOMA PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH DIIKTIRAF KERAJAAN

    No Ruj LAN/LAN Approval No :KA6871

    PENGENALAN:

    Merupakan program yang dibangunkan sendiri oleh kolej Uniti. Dibangunkan bertujuan membuka peluang tambahan kepada kursus sedia ada kepada pelajar supaya dapat menceburi bidang pendidikan pra sekolah.

    SYARAT KEMASUKAN :

    Lulus SPM atau setaraf dengannya dan mendapat 3 kepujian dalam mana-mana matapelajaran.

    PENGANUGERAHAN:

    Pelajar akan dianugerahkan dengan Diploma Pendidikan Pra Sekolah oleh Kolej UNITI.

    PROSPEK KERJAYA :

    Pelajar yang tamat pengajian boleh menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, dalam atau luar negara.
    Graduan diterima bekerja samada dalam sektor awam atau swasta

    STRUKTUR PROGRAM :

    TAHUN PERTAMA

    * GURU DAN ALAM PENDIDIKAN
    * PEDADOGI, PSIKOLOGI KANAK-KANAK
    * FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
    * KEIBUBAPAAN

    TAHUN KEDUA

    * PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
    * KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN 1
    * AKTIVITI FIZIKAL PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK
    * KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2
    * PERANCANGAN
    * PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PROGRAM PRASEKOLAH 1
    * PENGESANAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
    * EARLY CHILDHOOD: ART AND MUSIC

    TAHUN KETIGA

    * KURIKULUM KEBANGSAAN 3
    * PERANCANGAN
    * PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PROGRAM PRASEKOLAH 2
    * PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN PUSAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
    * KESIHATAN KANAK-KANAK
    * TEKNOLOGI UNTUK KANAK-KANAK
    * PENGURUSAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK
    * PENGLIBATAN IBUBAPA DAN GURU
    * KANAK-KANAK DENGAN KEPERLUAN KHAS
    * KESELAMATAN KANAK-KANAK DAN PERLINDUNGANN

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: