Kem Ramadhan B.A.D.A.R (Putera) Bangkit Kesungguhan dan Kesatuan Beramal

Seremban, 28-29 OGOS 2010 – Sempena Ramadhan 1431H  bagi umat Islam menambah amal dan meraih taqwa Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan berjaya menganjurkan Kem Ramadhan B.A.D.A.R (Bangkitkan Amal Di Akhir Ramadhan) Putera bertempat di Masjid Negeri, Seremban, Negeri sembilan. Program ini mendapat kerjasama yang cukup baik dari pihak jawatankuasa Masjid Negeri. 

Seramai  89 orang remaja putera dari pelbagai sekolah mendaftarkan diri seawal jam 08.00 bagi mengikuti program yang berlangsung selama sehari semalam ini. Inisiatif program ini diadakan adalah untuk membangkitkan ilmu dan kefahaman serta motivasi bagi meraih kurniaan Allah yang Maha Hebat sempena hari-hari terakhir  Ramadhan al-Mubarak khusus buat remaja lelaki. 

Program sehari semalam ini padat dengan pelbagai aktiviti menarik. Selain iftar,  moreh dan sahur bersama serta solat fardhu dan tarawih berjamaah para peserta dihidangkan dengan aktiviti berkumpulan.  Antara yang menarik termasuklah ice breaking, tadarus al-quran, pertandingan kuiz ramadhan dan LDK sepanjang program. Para peserta turut dihidangkan dengan dua pengisisan menarik sepanjang program. Slot Bangkitkan Amal Di Akhir Ramadhan (BADAR) diisampaikan oleh Ustaz Mohd Soffee memberi input yang berguna buat para peserta. 

Teruskan membaca

Advertisements

Kem Srikandi B.A.D.A.R Pupuk Ukhwah Cetus Kesungguhan Beramal

Kuala Pilah, 27-28 OGOS 2010 – Sempena hadirnya tetamu agung dari Allah bagi umat Islam  bagi menambah amal dan meraih taqwa Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan berjaya menganjurkan Kem Srikandi B.A.D.A.R (Bangkitkan Amal Di Akhir Ramadhan) bertempat di Masjid Jamek Yam Tuan Raden, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Program ini mendapat kerjasama yang cukup baik dari pihak jawatankuasa Masjid Jamek Yam Tuan Raden. 

Seramai  59 orang remaja puteri dari pelbagai sekolah berjaya dikumpulkan dalam program yang berlangsung selama sehari semalam ini. Program seumpama ini adalah antara program tahunan KRIM NS khusus untuk remaja puteri. Inisiatif program ini diadakan adalah untuk membangkitkan ilmu dan kefahaman serta motivasi bagi meraih kurniaan Allah yang Maha Hebat sempena hari-hari terakhir  Ramadhan al-Mubarak. 

Program sehari semalam ini padat dengan pelbagai aktiviti menarik. Selain iftar,  moreh dan sahur bersama serta solat fardhu dan tarawih berjamaah para peserta dihidangkan dengan aktiviti berkumpulan.  Antara yang menarik termasuklah ice breaking, tadarus al-quran dan pertandingan kuiz ramadhan. Tidak ketinggalan apabila adik-adik peserta dihidangkan dengan dua pengisisan menarik sepanjang program. Slot Indahnya Ramadhan disampaikan oleh Ustaz Noor Hisham yang juga merupakan imam Masjid Jamek Yam Tuan Taden. Aktiviti outdoor ”Derap Langkah BADAR” yang dirancang dilaksanakan pada pagi hari sabtu terpaksa dibatalkan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun, Slot Pengajaran dan Motivasi Dari Badar Al-Kubra yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Zainurrashid Zainuddin menyuntik semangat remaja  bagi mencontohi Rasulullah dan para sahabat tercinta serta memberikan seribu satu pengajaran buat mereka.

Program ini diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah buat pemenang kuiz Ramadhan. Paling istimewa KRIM NS juga menyediakan hadiah khas buat remaja yang paling banyak membaca al-Quran di bulan Ramadhan ini. Cukup membanggakan apabila adik peserta dari Sek Men Agama Sains Kuala Pilah berjaya terpilih sebagai  pemenang  dengan berjaya mengkhatam al-Quran sebanyak tiga kali dan beliau berazam dan berusaha untuk khatam al-Quran sekurang-kurangnya lima kali dalam Ramadhan 1431H ini. Azam dan kesungguhan beliau menjadi contoh buat para peserta Kem B.A.D.A.R 2010.

Kem Srikandi B.A.D.A.R 2010 meninggalkan kenangan manis buat peserta dan penganjur. Komentar-komentar positif daripada adik-adik remaja semasa sesi penutup memberikan suntikan semangat untuk mengekalkan program seumpama ini sebagai program tahunan KRIM NS. Semoga adik-adik peserta beroleh seribu satu manfaat dari program ini dan moga segala amalan kita di Ramadhan yang lalu diterima Allah.

Salam Eidul Fitri 1431H

Salam Akhir Ramadhan Buat Semua Remaja Muslim di Negeri Sembilan. Ramadhan Mubarak masih berbaki 1-2 hari lagi, maka teruskan merebut peluang yang ada untuk beramal. Teruskan B.A.D.A.R.!! (Bangkitkan Amal Di Akhir Ramadhan)

Di kesempatan ini, seluruh warga kerja dan jawatankuasa Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan turut ingin mengucapkan Salam Eidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua remaja dan juga semua pihak yang pernah bersama membangunkan potensi remaja dengan KRIM. Moga Allah menerima amalan soleh kita semua.

Buat para remaja sekalian, manfaatkanlah Eidul-Fitri tahun ini sebaiknya dengan memperbanyakkan zikir takbir dan tahmid memuji yang Maha Besar. Juga banyakkanlah berziarah menghubungkan silaturrahim bersama rakan-rakan dan sanak saudara. Dan yang lebih penting, jauhilah perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa dan maksiat pada hari kita kembali kepada fitrah kita ini..

Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Walillahilhamd..