Kem Ramadhan B.A.D.A.R (Putera) Bangkit Kesungguhan dan Kesatuan Beramal

Seremban, 28-29 OGOS 2010 – Sempena Ramadhan 1431H  bagi umat Islam menambah amal dan meraih taqwa Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan berjaya menganjurkan Kem Ramadhan B.A.D.A.R (Bangkitkan Amal Di Akhir Ramadhan) Putera bertempat di Masjid Negeri, Seremban, Negeri sembilan. Program ini mendapat kerjasama yang cukup baik dari pihak jawatankuasa Masjid Negeri. 

Seramai  89 orang remaja putera dari pelbagai sekolah mendaftarkan diri seawal jam 08.00 bagi mengikuti program yang berlangsung selama sehari semalam ini. Inisiatif program ini diadakan adalah untuk membangkitkan ilmu dan kefahaman serta motivasi bagi meraih kurniaan Allah yang Maha Hebat sempena hari-hari terakhir  Ramadhan al-Mubarak khusus buat remaja lelaki. 

Program sehari semalam ini padat dengan pelbagai aktiviti menarik. Selain iftar,  moreh dan sahur bersama serta solat fardhu dan tarawih berjamaah para peserta dihidangkan dengan aktiviti berkumpulan.  Antara yang menarik termasuklah ice breaking, tadarus al-quran, pertandingan kuiz ramadhan dan LDK sepanjang program. Para peserta turut dihidangkan dengan dua pengisisan menarik sepanjang program. Slot Bangkitkan Amal Di Akhir Ramadhan (BADAR) diisampaikan oleh Ustaz Mohd Soffee memberi input yang berguna buat para peserta. 

Usai Solat Asar di bawah terik matahari, aktiviti outdoor ”Derap Langkah BADAR” antara aktiviti yang mencabar buat peserta yang sedang berpuasa. Namun, Slot Pengajaran dan Motivasi Dari Badar Al-Kubra yang disampaikan oleh Dr Zainurrashid sebelum itu membakar semangat para remaja untuk merasai erti pengorbanan dan kesusahan Rasulullah dan para sahabat tercinta berkorban jiwa dan raga bagi mempertahankan agama dalam keadaan yang tidak bersedia menghadapi musuh yang lengkap bersenjata. Pada sebelah pagi keesokan harinya para peserta berkesempatan meneruskan aktiviti berkumpulan bagi meneruskan usaha membangkitkan amal di akhir Ramadhan serta cara mengatasi kekangan-kekangan yang bakal mereka hadapi. Perkongsian idea dan pengalaman dari remaja yang datang dari pelbagai sekolah menghasilkan hasil yang praktikal untuk dilaksanakan oleh para remaja lelaki khususnya.

Program ini diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah buat pemenang kuiz Ramadhan. Paling istimewa KRIM NS juga menyediakan hadiah khas buat remaja yang paling banyak membaca al-Quran di bulan Ramadhan ini. Kem Remaja BADAR 2010 meninggalkan kenangan manis buat peserta dan penganjur. Komentar-komentar positif dari adik-adik remaja memberikan suntikan semangat untuk mengekalkan program  seumpama ini sebagai program tahunan KRIM NS. Semoga adik-adik peserta beroleh seribu satu manfaat dari program ini dan moga segala amalan kita di Ramadhan yang lalu diterima Allah.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: