ISMA & KRIM erat hubungan dengan Kementerian Pelajaran

Putrajaya, 29 September – Delegasi ISMA diketuai oleh Setiausaha Agung, Tuan Hj. Aminuddin Yahaya telah melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi di pejabat beliau di sini hari ini.

Pertemuan ini dilakukan dengan hasrat untuk mengeratkan hubungan dan jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak, di samping mengambil peluang untuk memperkenalkan ISMA dan agensi-agensi di bawahnya terutamanya Kelab Remaja ISMA (KRIM).

Turut serta dalam kunjungan ini ialah Dr. Kamil Azmi Tohiran, Ketua Majlis Pembangunan Generasi Muda merangkap Penasihat KRIM.

ISMA menyatakan komitmen jitu bagi memikul peranan untuk melahirkan generasi remaja yang memiliki nilai-nilai motivasi, iltizam dan jatidiri unggul melalui aktiviti-aktiviti pembangunan insan yang syumul yang dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Dalam pertemuan ini juga, delegasi ISMA telah memberi penerangan kepada Dr. Puad tentang projek-projek untuk golongan remaja yang diterajui oleh KRIM, termasuklah program yang terdekat iaitu Jambori Remaja Muslim Nasional (JIRIM) edisi ke-2 yang bakal berlangsung pada 24-26 Disember 2010 di Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor.

Jambori ini mensasarkan kehadiran seramai 2,000 orang remaja lelaki dan perempuan berusia antara 15-18 tahun dari seluruh Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Dr. Puad bersetuju untuk menghantar wakil dari pihak Kementerian Pelajaran untuk merasmikan program tersebut sebagai tanda sokongan dan kerjasama atas inisiatif yang diambil oleh ISMA.

Oleh: Mohd Firdaus Sabturani
Ketua Pengarang
Media ISMA

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: