JIRIM 2 Suksess!!

Alhamdulillah Jambori Remaja Muslim Nasional (JIRIM) 2010 telah melabuhkan tirainya semalam. Alhamdulillah juga, KRIM N9 telah menghantar kontinjen seramai 53 orang peserta, 7 orang fasilitator dan 2 orang pengiring dan bergabung dengan hampir 600 orang peserta daripada seluruh negara.

Moga momentum semangat JIRIM 2 kekal membara di hati para peserta sekalian. Saksikan montaj penutup yang disediakan pihak penganjur. “Impact 2 Perfect !!”

Memori Kem Remaja Muslim 2010

KEM REMAJA MUSLIM 2010:Info Pendaftaran

Assalamualaikum wbt.

Sedikit info berkenaan pendaftaran esok, 11hb Disember 2010, bagi peserta yang telah berdaftar.

Bagi yang menaiki bas, pendaftaran bermula 8.30 Pagi di Stadium Paroi (masuk ikut depan masjid/kolam renang). Sebanyak 2 buah bas disediakan.

Bagi yang terus ke Kem, pendaftaran bermula 9.30 Pagi.

Semasa mendaftar, peserta/ibubapa dikehendaki membawa perkara berikut:

  1. Bayaran Yuran (sekiranya belum)
  2. Borang Kebenaran Ibubapa (pada pamplet program)
  3. Keperluan Peribadi
  4. Pakaian In-Door dan Out-Door yang menutup aurat
  5. Kasut Sukan
  6. Pakaian Solat
  7. Baju Sejuk (Sweater) kerana kem agak sejuk di waktu malam
  8. Al-Quran (kecil jika ada)
  9. Alatulis Asas (Pen memadai)

Jumpa nanti insya Allah. Selamat Berprogram…

KEM REMAJA MUSLIM 2010: Pendaftaran Ditutup

Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat baik dan kuota pendaftaran peserta sudahpun penuh. Justeru pendaftaran untuk kem kali ini ditutup bermula hari ini.

Terima kasih