Suku Pertama Sesi Akademik

Memandangkan sekarang adalah bulan Februari, kita berada di suku pertama sesi akademik 2011. Kebanyakan kita merasakan awal tahun adalah ‘zon selesa’ memandangkan peperiksaan besar masih jauh. Namun anggapan ini salah kerana sekarang anda perlu memulakan pecutan..pecutan macam mana?

Ada empat perkara yang anda perlu selesa: sekolah, mata pelajaran, guru dan rakan-rakan. Ini kerana empat perkara ini merupakan batu asas untuk kita menghayati pelajaran dengan baik.

Tips yang boleh diberikan di sini:

  1. Baca pelajaran lebih awal

Awal tahun masih tidak terlalu sibuk. Manfaatkan masa untuk bersedia awal dan nikmati keseronokan apabila anda telah mengetahui dan faham apa yang guru ajar.

2.  Jangan sia-siakan waktu walau sesaat

Manfaatkan waktu menunggu, beratur, pertukaran kelas atau waktu rehat dengan membaca nota kecil atau peta minda anda atau membaca contoh soalan objektif dan perbincangan jawapannya.Bawa buku kemana-mana sahaja tak kira buku pelajaran, buku agama atau buku cerita bagi mengisi masa terluang.

3. Gunakan masa prime time

Sebagai pelajar muslim kita sebenarnya beruntung kerana kita dikejutkan untuk solat Subuh. Prime time adalah waktu di awal pagi yang tenang dan segar untuk kita mengulangkaji pelajaran.

Mulakan dengan solat hajat dan diteruskan dengan mengulankaji atau membaca pelajaran sebagai persediaan untuk hari itu.

4. Mula buat atau merancang jadual waktu dan rutin anda

Ini adalah penting bagi memastikan kita sentiasa ada masa yang cukup untuk diperuntukan untuk belajar. Abaikan perkara-perkara yang tidak perlu seperti menonton tv atau membaca majalah-majalah yang tidak ilmiah. Anda sendiri yang tahu tahap pengetahuan anda dan sebanyak mana masa perlu diperuntukan untuk memperbaiki diri.

5. Berdoa, berdoa dan berdoa

Allah itu Maha Pengasih dan Pemurah. Kita memiliki senjata yang lebih daripada orang bukan Islam iaitu DOA. Maka berdoalah kepada Allah dan mintalah apa sahaja yang baik. Percayalah Dia Maha mendengar dan Allah itu dekat.

“Apabila hambaku bertanya kepadamu(wahai Muhammad) berkenaan aku, sesungguhnya aku amat dekat. Aku memperkenankan permohonan yang berdoa apabila dia berdoa kepada Aku…” Surah Al-Baqarah ayat 186.

“Dan berkata Rabb kalian: Berdoalan kepada Aku, nescaya akanKu perkenankan…” Surah Al-Ghafir ayat 60.

Tetapi jangan lupa pula untuk seimbangkan doa dan usaha, bukan berdoa sahaja tetapi tidak berusaha,ye😉 .

6. begin with the end in mind (mulakan langkah dengan matlamat)

Jangan merancang jika tiada matlamat. Jika kita gagal mercancang maka kita merancang untuk gagal. Semua kata-kata ini biasa kita dengar. Jadi set matlamat anda. Perlu diingat apa juga matlamat anda dalam peperiksaan jangan lupa matlamat yang satu iaitu mencari ‘mardhatillah’ atau pun redha Allah. Dalam apa kita usahakan pastikan langkah-langkah kita diredhai Nya!

Sedikit perkongsian, mari laksanakan;)!

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: