KRIM Negeri Sembilan Turun Padang ke Kem Kepimpinan Pengawas SMA Rantau

RANTAU – 20 Disember 2011. Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan terus mengorak langkah dengan diberikan kepercayaan oleh pihak Sek Men Agama Rantau untuk mengendalikan beberapa slot dalam  program Kem Kepimpinan Pengawas 2011 di Rantau Agro Park, Rantau, Negeri Sembilan.

Seramai lima orang penggerak utama Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan telah turun berkongsi ilmu dan pengalaman dalam mengendalikan  slot-slot indoor  yang diamanahkan. Misi KRIM NS kali ini adalah untuk membimbing dan memupuk nilai-nilai sahsiah dan kepimpinan dalam pertemuan kira-kira lapan jam bersama barisan pemimpin pelajar di sekolah berkenaan bertemakan “Perbaiki Dirimu, Pimpin Rakanmu”.

Antara modul-modul yang digunakan adalah modul ice breaking kenali diri, modul kekuatan diri dan kumpulan, modul salah siapa dan modul perbaiki dirimu, pimpin rakanmu dan diselang selikan dengan permainan-permainan kreatif.

Alhamdulillah, program yang singkat ini sedikit sebanyak dilihat mampu membuka minda pelajar dalam mempersiapkan diri bagi memikul tanggungjawab kepimpinan di sekolah nanti. Buat adik-adik peserta selamat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan, andalah tunggak harapan ibu bapa, guru-guru dan warga SMA Rantau.

Advertisements

Kem Remaja Muslim 2011 Bangunkan Remaja Beragenda

MORIB, 10 – 12 Disember 2011.  Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpahan rahmat-Nya Pogram Kem Remaja Muslim 2011 anjuran Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program selama 3 hari 2 malam ini bermula pada 10 Disember 2011 hingga 12 Disember 2011 (Sabtu hingga Isnin) telah disertai oleh seramai 65 orang remaja lelaki dan 65 orang remaja perempuan.

El-Azzahar Camp, Morib sebuah kem yang damai dan tenang, jauh dari hiruk pikuk kota  menjadi lokasi program Kem Remaja Muslim tahun ini. Program pada kali ini bertemakan “Membangun Remaja Beragenda’”sebagai usaha membentuk remaja yang mempunyai jatidiri dan jelas wawasan hidupnya.

 Pelbagai aktiviti menarik penuh kelainan telah disajikan dan dijalankan sepanjang program ini. Antaranya termasuklah aktiviti indoor dan outdoor seperti teasure hunt, war games, high rope jati diri dan flying fox, berkayak, latihan dalam kumpulan, riadhah penuh kreative dan trekking berlumpur yang begitu mengujakan adik-adik remaja. Di samping itu tidak ketinggalan turut diaadakan sesi ceramah motivasi untuk memberi kefahaman secara teori dan praktikal tentang membangun remaja beragenda. Antara tajuk-tajuk yang menarik adalah My Life Time Line oleh Ustazah Razidah Adam dan Slot Kami Remaja Beragenda oleh Ustaz Abi Ahmad yang tidak asing lagi dengan KRIM Negeri Sembilan.

Seperti kem-kem sebelum ini, KRIM Negeri Sembilan sangat menitik beratkan aspek kerohanian. Seawal program, peserta diamanahkan untuk menghafal tiga surah dari juzuk 30 sepanjang program sebagai tugasan individu. Lebih menarik sempena peristiwa gerhana bulan yang berlaku pada malam pertama program peserta didedahkan dengan amalan solat sunat gerhana bulan dan mendengar khutbah gerhana.

Program ini diakhiri dengan majllis perasmian penutup Kem Remaja Muslim 2011 dan  disempurnakan oleh Cikgu Asmadi Abdul samad, Pengarah Kelab Remaja ISMA Nasional.

 Alhamdulillah, dengan izin Allah Kem Remaja Muslim2011 telah berjaya dianjurkan dengan jayanya dengan komentar-komentar yang positif dari para peserta dan ibu bapa. Semoga adik-adik peserta beroleh seribu satu manfaat dari program pada kali ini dan mampu mengaplikasikan segala ilmu yang diperoleh dalam kehidupan. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada barisan urusetia dan fasilitator serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Moga usaha yang kerdil ini diterima sebagai amal soleh di sisi-Nya.

Memori Kem Remaja Muslim 2011 – Membangun Remaja Beragenda