Kem Remaja Muslim 2011 Bangunkan Remaja Beragenda

MORIB, 10 – 12 Disember 2011.  Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpahan rahmat-Nya Pogram Kem Remaja Muslim 2011 anjuran Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program selama 3 hari 2 malam ini bermula pada 10 Disember 2011 hingga 12 Disember 2011 (Sabtu hingga Isnin) telah disertai oleh seramai 65 orang remaja lelaki dan 65 orang remaja perempuan.

El-Azzahar Camp, Morib sebuah kem yang damai dan tenang, jauh dari hiruk pikuk kota  menjadi lokasi program Kem Remaja Muslim tahun ini. Program pada kali ini bertemakan “Membangun Remaja Beragenda’”sebagai usaha membentuk remaja yang mempunyai jatidiri dan jelas wawasan hidupnya.

 Pelbagai aktiviti menarik penuh kelainan telah disajikan dan dijalankan sepanjang program ini. Antaranya termasuklah aktiviti indoor dan outdoor seperti teasure hunt, war games, high rope jati diri dan flying fox, berkayak, latihan dalam kumpulan, riadhah penuh kreative dan trekking berlumpur yang begitu mengujakan adik-adik remaja. Di samping itu tidak ketinggalan turut diaadakan sesi ceramah motivasi untuk memberi kefahaman secara teori dan praktikal tentang membangun remaja beragenda. Antara tajuk-tajuk yang menarik adalah My Life Time Line oleh Ustazah Razidah Adam dan Slot Kami Remaja Beragenda oleh Ustaz Abi Ahmad yang tidak asing lagi dengan KRIM Negeri Sembilan.

Seperti kem-kem sebelum ini, KRIM Negeri Sembilan sangat menitik beratkan aspek kerohanian. Seawal program, peserta diamanahkan untuk menghafal tiga surah dari juzuk 30 sepanjang program sebagai tugasan individu. Lebih menarik sempena peristiwa gerhana bulan yang berlaku pada malam pertama program peserta didedahkan dengan amalan solat sunat gerhana bulan dan mendengar khutbah gerhana.

Program ini diakhiri dengan majllis perasmian penutup Kem Remaja Muslim 2011 dan  disempurnakan oleh Cikgu Asmadi Abdul samad, Pengarah Kelab Remaja ISMA Nasional.

 Alhamdulillah, dengan izin Allah Kem Remaja Muslim2011 telah berjaya dianjurkan dengan jayanya dengan komentar-komentar yang positif dari para peserta dan ibu bapa. Semoga adik-adik peserta beroleh seribu satu manfaat dari program pada kali ini dan mampu mengaplikasikan segala ilmu yang diperoleh dalam kehidupan. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada barisan urusetia dan fasilitator serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Moga usaha yang kerdil ini diterima sebagai amal soleh di sisi-Nya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: