Untukmu GAZA

Apakah antara agenda yang perlu ada pada diri seseorang remaja muslim? Pastinya salah satu daripada agenda tersebut adalah cakna isu palestin dan merancang sesuatu untuk menyumbang kepada pembebasan bumi palestin.. Insya Allah Kem Remaja Muslim 2012 akan menyemarakkan agenda penting tersebut.. Jumpa di sana!

Teruskan sama2 hebah2kan..
DAFTAR AWAL YE, TEMPAT TERHAD..

KEM REMAJA MUSLIM 2012 KEMBALI :: Jadilah Antara Yang Terawal Mendaftar!!

 

Jom Semarakkan Amal bersama Kem Ramadhan B.A.D.A.R 2012

TERKINI!! Jom semarakkan 10 akhir Ramadhan kita bersama-sama dalam Program KEM RAMADHAN B.A.D.A.R. (Bangkitkan Amal Di Akhir Ramadhan) 2012. Remaja dan Remaji dijemput daftar segera di talian 019-6230101 atau 019-2445736.

Jom Poei Seminar Pecutan Akhir SPM-PMR 2012 – Santai & Sempoi Bersama Abg Badr

Salam Ukhuwwah..

Haa!! SPM dan PMR dah tak lama laei..
Remaja Remaji dah sedio ko bolum??
Kalau bolum, konola copek-copek buat persiapan..
 
Haa!! Ni KRIM ado buek program khusus untuk adik2 Remaja Remaji
Untuk yang nak pekso PMR dan SPM..
Untuk yang tak pekso PMR dan SPM tahun ni pun boleh jugak..
Pendek kato, semua pun boleh join.. Tingkatan 1 sampai 5..
 
Program apa ekk??
Haa ni lah programnyee…
 
Jom la daftar segera.. Ajak kawan-kawan, sedara mara, suku sakat dan kenalan-kenalan anda sekali..
Tempat tak banyak.. 200 tempat jee..
Insya Allah gerenti best, santai, sempoi dan bermanfaat untuk remaja remaji semuo..
 
Jumpo kek sanun yoo.. Daftar la copek-copek..
 
untuk e-flyers sila download di sini

Jom Promosikan & Sertai Siri Kedua BRIGED KRIM | 1 April 2012 (Ahad)

Ingin tahu rahsia bijak berbicara di depan khalayak mahupun bersembang dengan rakan-rakan??

Ingin tingkatkan rasa yakin diri dan percaya pada diri sendiri??

Ingin cemerlang dalam pergaulan dengan guru-guru dan rakan-rakan??

Ingin disayangi semua melalui kemahiran berkomunikasi yang berkesan??

Ingin tahu rahsia bahasa badan anda??

Temui jawapannya dalam Siri Kedua Program Briged Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan dengan Modul Pengucapan Awam dan Komunikasi Berkesan pada 1 April 2012 (Ahad) bertempat di Masjid Kariah Paroi Jaya. Terbuka seluas-luasnya buat remaja-remaji berumur 13 hingga 17 tahun dengan yuran hanya RM5 seorang. Makanan pun disediakan.

Poster program dilampirkan..

Jadi apa ditunggu lagi, DAFTAR SEGERA!! TEMPAT TIDAK TERHAD!!

Hubungi 019-623 0101 @ 019-244 5736

Terima kasih dan panjang2kan ye!!

www.krimns.wordpress.com

JOM SERTAI SIRI BRIGED KRIM PERTAMA :: MODUL BELAJAR POWER

Jom Sertai Kem Lepasan SPM :: Khusus Buat Lepasan SPM/STPM/STAM

Buat semua lepasan SPM/STPM/STAM, manfaatkan cuti anda dengan menyertai Kem Lepasan SPM 2012 peringkat Negeri Sembilan pada 21 – 23 Januari 2012 bertempat di Nur Bukit Unggul, Jenderam, Selangor. Bagi peserta dari sekitar Negeri Sembilan, bas akan disediakan di Stadium Paroi dengan bayaran tambahan hanya sebanyak RM10.

Dengan yuran hanya sebanyak RM100 sahaja, kem motivasi 3 hari 2 malam ini bakal memberikan pelbagai pendedahan dan perkongsian menarik buat para peserta sebagai persediaan melangkah ke alam IPT dan seterusnya alam kerjaya. Antara aktiviti-aktiviti menarik adalah seperti Perkongsian Halatuju Selepas SPM dengan pelbagai tajuk seperti ‘y Destiny?’, ‘Dean’s List vs Deen List’, ‘We Share a Dream’ dan ‘SPM Finished, What’s Next?’.

Bagi menjadikan KLS 2012 mencabar dan menyeronokkan, peserta turut akan disajikan dengan pelbagai aktiviti outdoor dan mencabar minda seperti Jungle Trekking, Treasure Hunt, Malam Kebudayaan dan Latihan Dalam Kumpulan serta Team Building.

Wahh, menarikkan?? Jadi, tunggu apa lagi, daftarlah segera dengan menghubungi urusetia KLS 2012 iaitu Bro. Mabrur 017-5748025 dan Sis. Amalina 012-3187047. Anda boleh juga mendapatkan maklumat lanjut dengan memuat-turun pamplet program di bawah atau menghubungi En. Helmi 019-2445736 atau Pn. Kas 019-6230101 daripada Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan.