KRIM Negeri Sembilan Turun Padang ke Kem Kepimpinan Pengawas SMA Rantau

RANTAU – 20 Disember 2011. Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan terus mengorak langkah dengan diberikan kepercayaan oleh pihak Sek Men Agama Rantau untuk mengendalikan beberapa slot dalam  program Kem Kepimpinan Pengawas 2011 di Rantau Agro Park, Rantau, Negeri Sembilan.

Seramai lima orang penggerak utama Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan telah turun berkongsi ilmu dan pengalaman dalam mengendalikan  slot-slot indoor  yang diamanahkan. Misi KRIM NS kali ini adalah untuk membimbing dan memupuk nilai-nilai sahsiah dan kepimpinan dalam pertemuan kira-kira lapan jam bersama barisan pemimpin pelajar di sekolah berkenaan bertemakan “Perbaiki Dirimu, Pimpin Rakanmu”.

Antara modul-modul yang digunakan adalah modul ice breaking kenali diri, modul kekuatan diri dan kumpulan, modul salah siapa dan modul perbaiki dirimu, pimpin rakanmu dan diselang selikan dengan permainan-permainan kreatif.

Alhamdulillah, program yang singkat ini sedikit sebanyak dilihat mampu membuka minda pelajar dalam mempersiapkan diri bagi memikul tanggungjawab kepimpinan di sekolah nanti. Buat adik-adik peserta selamat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan, andalah tunggak harapan ibu bapa, guru-guru dan warga SMA Rantau.

Kem Remaja Muslim 2011 Bangunkan Remaja Beragenda

MORIB, 10 – 12 Disember 2011.  Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpahan rahmat-Nya Pogram Kem Remaja Muslim 2011 anjuran Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program selama 3 hari 2 malam ini bermula pada 10 Disember 2011 hingga 12 Disember 2011 (Sabtu hingga Isnin) telah disertai oleh seramai 65 orang remaja lelaki dan 65 orang remaja perempuan.

El-Azzahar Camp, Morib sebuah kem yang damai dan tenang, jauh dari hiruk pikuk kota  menjadi lokasi program Kem Remaja Muslim tahun ini. Program pada kali ini bertemakan “Membangun Remaja Beragenda’”sebagai usaha membentuk remaja yang mempunyai jatidiri dan jelas wawasan hidupnya.

 Pelbagai aktiviti menarik penuh kelainan telah disajikan dan dijalankan sepanjang program ini. Antaranya termasuklah aktiviti indoor dan outdoor seperti teasure hunt, war games, high rope jati diri dan flying fox, berkayak, latihan dalam kumpulan, riadhah penuh kreative dan trekking berlumpur yang begitu mengujakan adik-adik remaja. Di samping itu tidak ketinggalan turut diaadakan sesi ceramah motivasi untuk memberi kefahaman secara teori dan praktikal tentang membangun remaja beragenda. Antara tajuk-tajuk yang menarik adalah My Life Time Line oleh Ustazah Razidah Adam dan Slot Kami Remaja Beragenda oleh Ustaz Abi Ahmad yang tidak asing lagi dengan KRIM Negeri Sembilan.

Seperti kem-kem sebelum ini, KRIM Negeri Sembilan sangat menitik beratkan aspek kerohanian. Seawal program, peserta diamanahkan untuk menghafal tiga surah dari juzuk 30 sepanjang program sebagai tugasan individu. Lebih menarik sempena peristiwa gerhana bulan yang berlaku pada malam pertama program peserta didedahkan dengan amalan solat sunat gerhana bulan dan mendengar khutbah gerhana.

Program ini diakhiri dengan majllis perasmian penutup Kem Remaja Muslim 2011 dan  disempurnakan oleh Cikgu Asmadi Abdul samad, Pengarah Kelab Remaja ISMA Nasional.

 Alhamdulillah, dengan izin Allah Kem Remaja Muslim2011 telah berjaya dianjurkan dengan jayanya dengan komentar-komentar yang positif dari para peserta dan ibu bapa. Semoga adik-adik peserta beroleh seribu satu manfaat dari program pada kali ini dan mampu mengaplikasikan segala ilmu yang diperoleh dalam kehidupan. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada barisan urusetia dan fasilitator serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Moga usaha yang kerdil ini diterima sebagai amal soleh di sisi-Nya.

Galeri Gambar Kursus Naqibat SM Dato’ Sheikh Ahmad, Seremban

Kursus Naqibat 2011 SMK Dato’ Sheikh Ahmad Sedang Berlangsung

Alhamdulillah, sekali lagi KRIM NS diberi kepercayaan oleh pihak sekolah SMK Dato’ Sheikh Ahmad, Seremban untuk bekerjasama menganjurkan program khusus untuk para naqib usrah asrama puteri sekolab berkenaan. Kursus kali ini melibatkan seramai 20 orang naqibat bagi memberikan kepada mereka persediaan awal bagi memimpin kumpulan usrah masing-masing di asrama nanti.

Mudah-mudahan program ini berjalan lancar dan diberkati-Nya. Ameen!!

Sepintas Lalu – Program KRIMNS 2010

Ceramah Sempena Kursus Nuqaba’ SMAP Labu
13 – 14 Januari 2010 
Ceramah Sempena Maal Hijrah di Sek Men Tunku Ampuan Najihah
26 Januari 2010 
TOT Penggerak Remaja Zon Negeri Sembilan & Melaka
31 Januri 2010 
Ceramah Motivasi Remaja di Sek Men Sri Ampangan
6 Februari 2010 
Kejohanan Futsal Islami (KAHFI) 2010
7 Februari 2010 
Kursus Intergrasi BADAR SDAR –SHAMS
26-28 Februari 2010 
English Language Camp di Sek Men Agama Rembau
26-28 Mac 2010 
Program Nuqaba’ Sek Men Keb Dato; Sheikh Ahmad
27-28 Mac 2010 
Program Islah Diri Remaja: Dari Zero Menjadi Hero, SDASA
14 -15 Mei 2010 
Kem Solat di Surau Ehsaniah Taman Intan Perdana, Port Dickson
3 April 2010 
Pertandingan Menulis Esei dan Mengarang Sajak Sempena Sambutan Hari Ibu 2010
Bulan Mei 2010 
Seminar Pecutan Akhir PMR SPM 2010
7 Jun 2010 
Rehlah Remaja Puteri : From Seremban to PD With Ukhuwwah
11- 12 Jun 2010 
Seminar Kerjaya 2010 di Sek Men Agama Persekituan Labu
26 Jun 2010 
Teruskan membaca

JIRIM 2 Suksess!!

Alhamdulillah Jambori Remaja Muslim Nasional (JIRIM) 2010 telah melabuhkan tirainya semalam. Alhamdulillah juga, KRIM N9 telah menghantar kontinjen seramai 53 orang peserta, 7 orang fasilitator dan 2 orang pengiring dan bergabung dengan hampir 600 orang peserta daripada seluruh negara.

Moga momentum semangat JIRIM 2 kekal membara di hati para peserta sekalian. Saksikan montaj penutup yang disediakan pihak penganjur. “Impact 2 Perfect !!”

Memori Kem Remaja Muslim 2010