” KEM REMAJA MUSLIM 2013 “.. KINI KEMBALI..!! KINI LEBIH MENARIK..!! JADILAH PENDAFTAR TERAWAL..!!

Banner KRM 2013-01

Assalamualaikum Adik-adik yang dikasihi.. detik yang ditunggu-tunggu kini menjelang lagi..!

Kenapa kali ini lebih menarik ye adik-adik..??

Yaaa..!! kali ini lebih menarik kerana kita dapat bersama tokoh-tokoh yang hebat untuk bersama adik-adik di Kem Remaja Muslim 2013 kali ini.. kali ini KRIM negeri Sembilan akan membawakan adik-adik tokoh-tokoh hebat seperti Abang Poji seorang Jurutera berbakat ,  kita juga ada Dr Irfan seorang doktor yang Hafiz Al-Quran , selain itu kita juga ada Abang Piji seorang usahawan muda yang berjaya, dan tidak ketinggalan juga tokoh yang dijemput khas.. Imam muda Fattah… mari kita sama-sama berkongsi pengalaman , kesungguhan , dan juga tips dalam mencapai kejayaan seperti tokoh-tokoh ini..

kini juga lebih menarik, kerana KRIM negeri sembilan akan menyediakan pelbagai aktiviti untuk adik-adik.. antaranya ialah ” Dibawah langitMu , Bernafas Dalam Lumpur , Si Baju Hitam , Berakit di Berhulu , Ketika Cinta Bertasbih” dan bermacam-macam lagi..!!! Menarikkan adik-adik..?? Jom mendaftar.!!

Kenapa perlu jadi pendaftar yang terawal..??

Ini kerana jika adik-adik menjadi 100 orang pendaftar terawal adik-adik akan mendapat diskaun sebanyak RM20 .. jangan ketinggalan adik-adik..!! jadilah pendaftar terawal… Jumpa disana..!!

ROAD TO RAMADHAN

Dalam perhitungan hari.. Syaban makin meningalkan kita, kehangatan ramadhan pula kian kita umat islam rasakan , seperti menunggu kekasih dalam keghairahan yang sudah lama kita tunggukan dan rindukan , dimana dalam ramadhan juga pintu-pintu syurga dibuka seluasnya untuk hamba yang betul-betul menghayati ramadhan :-

Dari Abu Hurairah r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila tibanya bulan ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu para syaitan”  –  (Hadith sahih Riwayat Bukhari .)

tidak jauh sedikitpun limpahan rahmat dari ALLAH swt kepada kita , dimana ramadhan ALLAH swt membuka seluas-luasnya pintu keampuanan, pintu rahmat dan pintu kejayaan:-

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabda nya : “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya di ampunkan bagi nya dosa-dosa yang telah lalu.”-(Hadith sahih-Riwayat Bukhari dan Muslim).

Itu janji ALLAH, tapi bagaimana pula dengan kita? Bagaimanakah dan dimanakah kita salurkan tenaga dan harta kita pada ramadhan kita sebelum ini dan ramadhan-ramadhan kita yang lalu? Adakah kita tidak mengambil kesempatan membuat kebaikan dan amal jariah dalam kelansungan Ramadhan.? Adakah kita salah membuat persiapan ramadhan atau kita tidak pernah fikirkan lansung tentang persiapan ramadhan? Apakah persiapan ramadhan itu tidak penting? Ya, tidak penting bagi manusia yang merasakan Ramadhan itu sebagai bulan-bulan yang biasa. Itulah persoalan-persoalan yang patut kita tanyakan pada diri kita sebagai seorang Muslim. kita sering melalaikan dan musnahkan ramadhan kita yang lalu dengan perkara-perkara yang lagho serta mungkar yang sepatutnya diisi dengan perkara-perkara kebaikan. Ayuh.!apa tunggu lagi, disini kami mengajak para remaja diluarsana bersama membuat persiapan ramadhan dan  raikan ramadhan kita dengan sebaik-sebaiknya mengikut landasan yang betul, perlukan tips? perlukan cara merasai nikmat ramadhan yang akan datang? kongsikan ilmu bersama kami. 

Bulan ramadhan bulan mulia,

Bulan membentuk jatidiri perkasa,

Berkongsi Ilmu amalan Mulia,

Buat pedoman kita semua,

 

Temui kami di ROAD TO RAMADHAN yang akan berlansung di SMK DATO KLANA PUTRA, LENGGENG pada tarikh 6 julai 2013. 

Imej

Memori Kem Remaja Muslim 2011 – Membangun Remaja Beragenda

Kenali tokoh remaja Islam..“Usamah bin Zaid- panglima kecintaan Rasul”

Usamah bin Zaid mengetuai angkatan perang ketika usianya hanya 19tahun..dimanakah kita semasa 19tahun??

Usamah bin Zaid merupakan tokoh Islam yang tidak asing lagi. Beliau merupakan panglima perang yang dikasihi Rasulullah sejak beliau masih bayi. Beliau menjadi panglima perang semasa usianya baru berumur 19tahun namun kehebatannya tidak bisa ditandingi.

Ibu beliau bernama Ummu Aiman wanita Habsyi yang diberkati dan ayahandanya Zaid bin Haritsah yang merupakan anak angkat Rasulullah sebelum Zaid memeluk Islam.

Sejak Usamah meningkat remaja, sifat-sifat dan pekerti yang mulia sudah kelihatan pada dirinya, yang memang patut menjadikannya sebagai kesayangan Rasulullah. Dia cerdik dan pintar, bijaksana dan pandai, takwa dan wara. Ia sentiasa menjauhkan diri dari perbuatan tercela.

Waktu terjadi Perang Uhud, Usamah bin Zaid datang ke hadapan Rasulullah saw. beserta serombongan anak-anak sebayanya, putra-putra para sahabat. Mereka ingin turut jihad fi sabilillah. Sebagian mereka diterima Rasulullah dan sebagian lagi ditolak karena usianya masih sangat muda.

Usamah bin Zaid teramasuk kelompok anak-anak yang tidak diterima. Karena itu, Usama pulang sambil menangis. Dia sangat sedih karena tidak diperkenankan turut berperang di bawah bendera Rasulullah.

Dalam Perang Khandaq, Usamah bin Zaid datang pula bersama kawan-kawan remaja, putra para sahabat. Usamah berdiri tegap di hadapan Rasulullah supaya kelihatan lebih tinggi, agar beliau memperkenankannya turut berperang.

Rasulullah kasihan melihat Usamah yang keras hati ingin turut berperang. Karena itu, beliau mengizinkannya, Usamah pergi berperang menyandang pedang, jihad fi sabilillah. Ketika itu dia baru berusia lima belas tahun.

 

Ketika terjadi Perang Hunain, tentera muslimin terdesak sehingga barisannya menjadi kacau balau. Tetapi, Usamah bin Zaid tetap bertahan bersama-sama denga ‘Abbas, Sufyan bin Harits, dan enam orang lainnya dari para sahabat yang mulia. Dengah kelompok kecil ini, Rasulullah berjaya mengembalikan kekalahan para sahabatnya menjadi kemenangan.

 

Dalam Perang Mu’tah, Usamah turut berperang di bawah komando ayahnya, Zaid bin Haritsah. Ketika itu umurnya kira-kira delapan belas tahun. Usamah menyaksikan dengan mata kepala sendiri tatkala ayahnya tewas di medan tempur sebagai syuhada. Tetapi, Usamah tidak takut dan tidak pula mundur. Bahkan, dia terus bertempur dengan gigih di bawah komando Ja’far bin Abi Thalib hingga Ja’far syahid di hadapan matanya pula.

Setelah peperangan, Usamah kembali ke Madinah dengan menyerahkan kematian ayahnya kepada Allah SWT. Jasad ayahnya ditinggalkan di bumi Syam (SYiria) dengan mengenang segala kebaikan almarhum.

Pada tahun kesebelas hijriah Rasulullah menurunkan perintah agar menyiapkan bala tentera untuk memerangi pasukan Rum. Dalam pasukan itu terdapat antara lain Abu Bakar Shidiq, Umar bin Khattab, Sa’ad bin ABi Waqqas, Abu Ubaidah bin Jarrah, dan lain-lain sahabat yang tua-tua.

Rasulullah mengangkat Usamah bin Zaid yang muda remaja menjadi panglima seluruh pasukan yang akan diberangkatkan. Ketika itu usia Usamah belum melebihi dua puluh tahun.

Usamah terus maju membawa pasukan tentara yang dipimpinnya. Segala perintah Rasulullah kepadanya dilaksanakan sebaik-baiknya. Tiba di Balqa’ dan Qal’atud Daarum, termasuk daerah Palestina, Usamah berhenti dan memerintahkan tentaranya berkemah. Kehebatan Rum dapat dihapuskannya dari hati kaum muslimin. Lalu, dibentangkannya jalan raya di hadapan mereka bagi penaklukan Syam (Syiria) dan Mesir.

Usamah berjaya kembali dari medan perang dengan kemenangan gemilang. Mereka membawa harta rampasan yang banyak, melebihi perkiraan yang diduga orang. Sehingga, orang mengatakan, “Belum pernah terjadi suatu pasukan bertempur kembali dari medan tempur dengan selamat dan utuh dan berhasil membawa harta rampasan sebanyak yang dibawa pasukan Usamah bin Zaid.”

Suku Pertama Sesi Akademik

Memandangkan sekarang adalah bulan Februari, kita berada di suku pertama sesi akademik 2011. Kebanyakan kita merasakan awal tahun adalah ‘zon selesa’ memandangkan peperiksaan besar masih jauh. Namun anggapan ini salah kerana sekarang anda perlu memulakan pecutan..pecutan macam mana?

Ada empat perkara yang anda perlu selesa: sekolah, mata pelajaran, guru dan rakan-rakan. Ini kerana empat perkara ini merupakan batu asas untuk kita menghayati pelajaran dengan baik.

Tips yang boleh diberikan di sini:

  1. Baca pelajaran lebih awal

Awal tahun masih tidak terlalu sibuk. Manfaatkan masa untuk bersedia awal dan nikmati keseronokan apabila anda telah mengetahui dan faham apa yang guru ajar.

2.  Jangan sia-siakan waktu walau sesaat

Manfaatkan waktu menunggu, beratur, pertukaran kelas atau waktu rehat dengan membaca nota kecil atau peta minda anda atau membaca contoh soalan objektif dan perbincangan jawapannya.Bawa buku kemana-mana sahaja tak kira buku pelajaran, buku agama atau buku cerita bagi mengisi masa terluang.

3. Gunakan masa prime time

Sebagai pelajar muslim kita sebenarnya beruntung kerana kita dikejutkan untuk solat Subuh. Prime time adalah waktu di awal pagi yang tenang dan segar untuk kita mengulangkaji pelajaran.

Mulakan dengan solat hajat dan diteruskan dengan mengulankaji atau membaca pelajaran sebagai persediaan untuk hari itu.

4. Mula buat atau merancang jadual waktu dan rutin anda

Ini adalah penting bagi memastikan kita sentiasa ada masa yang cukup untuk diperuntukan untuk belajar. Abaikan perkara-perkara yang tidak perlu seperti menonton tv atau membaca majalah-majalah yang tidak ilmiah. Anda sendiri yang tahu tahap pengetahuan anda dan sebanyak mana masa perlu diperuntukan untuk memperbaiki diri.

5. Berdoa, berdoa dan berdoa

Allah itu Maha Pengasih dan Pemurah. Kita memiliki senjata yang lebih daripada orang bukan Islam iaitu DOA. Maka berdoalah kepada Allah dan mintalah apa sahaja yang baik. Percayalah Dia Maha mendengar dan Allah itu dekat.

“Apabila hambaku bertanya kepadamu(wahai Muhammad) berkenaan aku, sesungguhnya aku amat dekat. Aku memperkenankan permohonan yang berdoa apabila dia berdoa kepada Aku…” Surah Al-Baqarah ayat 186.

“Dan berkata Rabb kalian: Berdoalan kepada Aku, nescaya akanKu perkenankan…” Surah Al-Ghafir ayat 60.

Tetapi jangan lupa pula untuk seimbangkan doa dan usaha, bukan berdoa sahaja tetapi tidak berusaha,ye 😉 .

6. begin with the end in mind (mulakan langkah dengan matlamat)

Jangan merancang jika tiada matlamat. Jika kita gagal mercancang maka kita merancang untuk gagal. Semua kata-kata ini biasa kita dengar. Jadi set matlamat anda. Perlu diingat apa juga matlamat anda dalam peperiksaan jangan lupa matlamat yang satu iaitu mencari ‘mardhatillah’ atau pun redha Allah. Dalam apa kita usahakan pastikan langkah-langkah kita diredhai Nya!

Sedikit perkongsian, mari laksanakan;)!

Update Aktiviti Februari

25 – 27 Februari 2011 – Program Integrasi BADAR SDAR-SEMESRA-SAS di Gunung Datuk, Rembau sedang berlangsung.

Larian Amal Buatmu Palestine

2) LARIAN AMAL BUATMU PALESTIN (20 FEB 2011, 7.00 pagi)