Jom Promosikan & Sertai Siri Kedua BRIGED KRIM | 1 April 2012 (Ahad)

Ingin tahu rahsia bijak berbicara di depan khalayak mahupun bersembang dengan rakan-rakan??

Ingin tingkatkan rasa yakin diri dan percaya pada diri sendiri??

Ingin cemerlang dalam pergaulan dengan guru-guru dan rakan-rakan??

Ingin disayangi semua melalui kemahiran berkomunikasi yang berkesan??

Ingin tahu rahsia bahasa badan anda??

Temui jawapannya dalam Siri Kedua Program Briged Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan dengan Modul Pengucapan Awam dan Komunikasi Berkesan pada 1 April 2012 (Ahad) bertempat di Masjid Kariah Paroi Jaya. Terbuka seluas-luasnya buat remaja-remaji berumur 13 hingga 17 tahun dengan yuran hanya RM5 seorang. Makanan pun disediakan.

Poster program dilampirkan..

Jadi apa ditunggu lagi, DAFTAR SEGERA!! TEMPAT TIDAK TERHAD!!

Hubungi 019-623 0101 @ 019-244 5736

Terima kasih dan panjang2kan ye!!

www.krimns.wordpress.com

Advertisements

Panduan Biasiswa Lepasan SPM, STPM, STAM 2011

Berikut merupakan antara maklumat biasiswa yang ditawarkan bagi lepasan SPM, STPM dan STAM 2011
Scholarship
Closing Date
27 February 2012
No closing date
30 June 2012
29 February 2012
15 February 2012
28 February 2012
18th February 2012
16 April 2012
12 February 2012
10 April 2012
17th February 2012

JOM SERTAI SIRI BRIGED KRIM PERTAMA :: MODUL BELAJAR POWER

Jom Sertai Kem Lepasan SPM :: Khusus Buat Lepasan SPM/STPM/STAM

Buat semua lepasan SPM/STPM/STAM, manfaatkan cuti anda dengan menyertai Kem Lepasan SPM 2012 peringkat Negeri Sembilan pada 21 – 23 Januari 2012 bertempat di Nur Bukit Unggul, Jenderam, Selangor. Bagi peserta dari sekitar Negeri Sembilan, bas akan disediakan di Stadium Paroi dengan bayaran tambahan hanya sebanyak RM10.

Dengan yuran hanya sebanyak RM100 sahaja, kem motivasi 3 hari 2 malam ini bakal memberikan pelbagai pendedahan dan perkongsian menarik buat para peserta sebagai persediaan melangkah ke alam IPT dan seterusnya alam kerjaya. Antara aktiviti-aktiviti menarik adalah seperti Perkongsian Halatuju Selepas SPM dengan pelbagai tajuk seperti ‘y Destiny?’, ‘Dean’s List vs Deen List’, ‘We Share a Dream’ dan ‘SPM Finished, What’s Next?’.

Bagi menjadikan KLS 2012 mencabar dan menyeronokkan, peserta turut akan disajikan dengan pelbagai aktiviti outdoor dan mencabar minda seperti Jungle Trekking, Treasure Hunt, Malam Kebudayaan dan Latihan Dalam Kumpulan serta Team Building.

Wahh, menarikkan?? Jadi, tunggu apa lagi, daftarlah segera dengan menghubungi urusetia KLS 2012 iaitu Bro. Mabrur 017-5748025 dan Sis. Amalina 012-3187047. Anda boleh juga mendapatkan maklumat lanjut dengan memuat-turun pamplet program di bawah atau menghubungi En. Helmi 019-2445736 atau Pn. Kas 019-6230101 daripada Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan.

KRIM Negeri Sembilan Turun Padang ke Kem Kepimpinan Pengawas SMA Rantau

RANTAU – 20 Disember 2011. Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan terus mengorak langkah dengan diberikan kepercayaan oleh pihak Sek Men Agama Rantau untuk mengendalikan beberapa slot dalam  program Kem Kepimpinan Pengawas 2011 di Rantau Agro Park, Rantau, Negeri Sembilan.

Seramai lima orang penggerak utama Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan telah turun berkongsi ilmu dan pengalaman dalam mengendalikan  slot-slot indoor  yang diamanahkan. Misi KRIM NS kali ini adalah untuk membimbing dan memupuk nilai-nilai sahsiah dan kepimpinan dalam pertemuan kira-kira lapan jam bersama barisan pemimpin pelajar di sekolah berkenaan bertemakan “Perbaiki Dirimu, Pimpin Rakanmu”.

Antara modul-modul yang digunakan adalah modul ice breaking kenali diri, modul kekuatan diri dan kumpulan, modul salah siapa dan modul perbaiki dirimu, pimpin rakanmu dan diselang selikan dengan permainan-permainan kreatif.

Alhamdulillah, program yang singkat ini sedikit sebanyak dilihat mampu membuka minda pelajar dalam mempersiapkan diri bagi memikul tanggungjawab kepimpinan di sekolah nanti. Buat adik-adik peserta selamat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan, andalah tunggak harapan ibu bapa, guru-guru dan warga SMA Rantau.

Kem Remaja Muslim 2011 Bangunkan Remaja Beragenda

MORIB, 10 – 12 Disember 2011.  Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpahan rahmat-Nya Pogram Kem Remaja Muslim 2011 anjuran Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program selama 3 hari 2 malam ini bermula pada 10 Disember 2011 hingga 12 Disember 2011 (Sabtu hingga Isnin) telah disertai oleh seramai 65 orang remaja lelaki dan 65 orang remaja perempuan.

El-Azzahar Camp, Morib sebuah kem yang damai dan tenang, jauh dari hiruk pikuk kota  menjadi lokasi program Kem Remaja Muslim tahun ini. Program pada kali ini bertemakan “Membangun Remaja Beragenda’”sebagai usaha membentuk remaja yang mempunyai jatidiri dan jelas wawasan hidupnya.

 Pelbagai aktiviti menarik penuh kelainan telah disajikan dan dijalankan sepanjang program ini. Antaranya termasuklah aktiviti indoor dan outdoor seperti teasure hunt, war games, high rope jati diri dan flying fox, berkayak, latihan dalam kumpulan, riadhah penuh kreative dan trekking berlumpur yang begitu mengujakan adik-adik remaja. Di samping itu tidak ketinggalan turut diaadakan sesi ceramah motivasi untuk memberi kefahaman secara teori dan praktikal tentang membangun remaja beragenda. Antara tajuk-tajuk yang menarik adalah My Life Time Line oleh Ustazah Razidah Adam dan Slot Kami Remaja Beragenda oleh Ustaz Abi Ahmad yang tidak asing lagi dengan KRIM Negeri Sembilan.

Seperti kem-kem sebelum ini, KRIM Negeri Sembilan sangat menitik beratkan aspek kerohanian. Seawal program, peserta diamanahkan untuk menghafal tiga surah dari juzuk 30 sepanjang program sebagai tugasan individu. Lebih menarik sempena peristiwa gerhana bulan yang berlaku pada malam pertama program peserta didedahkan dengan amalan solat sunat gerhana bulan dan mendengar khutbah gerhana.

Program ini diakhiri dengan majllis perasmian penutup Kem Remaja Muslim 2011 dan  disempurnakan oleh Cikgu Asmadi Abdul samad, Pengarah Kelab Remaja ISMA Nasional.

 Alhamdulillah, dengan izin Allah Kem Remaja Muslim2011 telah berjaya dianjurkan dengan jayanya dengan komentar-komentar yang positif dari para peserta dan ibu bapa. Semoga adik-adik peserta beroleh seribu satu manfaat dari program pada kali ini dan mampu mengaplikasikan segala ilmu yang diperoleh dalam kehidupan. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada barisan urusetia dan fasilitator serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Moga usaha yang kerdil ini diterima sebagai amal soleh di sisi-Nya.

Memori Kem Remaja Muslim 2011 – Membangun Remaja Beragenda