KEM REMAJA MUSLIM 2012 KEMBALI :: Jadilah Antara Yang Terawal Mendaftar!!

 

Promosi Seminar Pecutan Akhir PMR-SPM 2011

KRIM NS Anjur Motivasi Santai, Selamba & Sempoi Bersama Abang BADR

   

 Seremban 07 Jun 2010 – Seawal cuti persekolahan pertengahan tahun bermula, Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan (KRIM NS) berkesempatan mengumpulkan 80 orang remaja sekitar Negeri Sembilan dan Selangor dalam program motivasi peperiksaan, ”Seminar Pecutan Akhir PMR & SPM” di Lecture Theatre 1, Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan. Program ini dimulakan dengan taklimat ringkas program dan diikuti dengan nyanyian lagu KRIM oleh para peserta yang terlibat.

Program motivasi santai dan bersahaja ini dikendalikan oleh Saudara Badrul Sani atau lebih mesra dengan panggilan Abang Badr. Beliau memulakan slot motivasi ini dengan sesi  ice breaking bagi membolehkan peserta dan beliau sendiri mengenali antara satu sama lain. Kemudian peserta dikehendaki memenuhkan empat kolum dalam sehelai kertas bertujuan mengenal diri sendiri. Antara yang ditekankan adalah  matapelajaran yang paling diminati dan yang paling lemah mesti dikenalpasti oleh setiap peserta dalam slot ini. Kemampuan dan kebolehan Abang Badr mengendalikan slot ini membuat peserta tidak malu-malu atau ragu-ragu menyatakan kekuatan dan kelemahan diri masing-masing dalam suasana yang cukup ceria.

Teruskan membaca

“Agama dan Akademik Mesti Seiringan” – Nik Nur Madihah

madihah-bersama-ahli-wanita-isma

Kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan akademik mestilah dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal abadi. Demikian tegas Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 ketika ditemuramah oleh wartawan ISMA di rumahnya di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini. Pencapaian Nik Nur Madihah mendapat 20A telah ‘menggemparkan’ negara kerana kejayaan ini diperolehi dalam keadaan hidup beliau yang serba daif seperti yang dipaparkan oleh media massa.

Ikuti wawancara penuh saudari Nik Nur Madihah bersama wartawan-wartawan ISMA (Muadz Mohammed Zain, Norzafry Norhalim dan Mohd Rusman Arief A Rahman) yang berkesempatan mendengar sendiri rahsia-rahsia di sebalik kejayaan luar biasa beliau. (W – Wartawan ISMA, M – Nik Nur Madihah)

Teruskan membaca